Khamis, Mei 17, 2012


Ps: Bila cerita macam ni timbul, Semut teringat pulak dengan Calon Bakal ADUN PAS yang kantoi merayu untuk ambik duit BR1M hari tu.

Dalam ceramah, bukan main lagi dia mengutuk dan menghukum pemberian duit bantuan tu sebagai duit rasuah dan haram untuk diambil.

Tapi, dalam masa yang sama, dia jugak yang sibuk memohon, merayu dan buat laporan Polis semata - mata nak dapat tu dari pihak yang berkenaan.

Agak - agaknya, kali ni, dia ambik tak duit Durian Runtuh yang diumumkan oleh PM tempoh hari? Aci kerat jari, Semut yakin. Sedangkan RM500 dia beria - ia merayu tak tentu arah, inikan pulak RM 15ribu!!! Lagi sesak la jawabnya!!! Hehehe...
AJK dan ahli-ahli PAS yang mengambil 'durian runtuh' semalam adalah peneroka di Felda Jengka 15 Pahang. 

Kehadiran mereka adalah bukti nyata bahawa mereka sebenarnya malu untuk mengakui kejayaan Kerajaan BN mengurus Felda hingga berjaya menjana pendapatan besar melalui penyenaraian FGVH. 

Walaupun hati masing-masing mahu menikmati hasilnya yang disediakan oleh Felda. 

Ini kerana rata-rata pemimpin PAS hari ini menentang penyenaraian FGVH bukan menyokongnya. 

Pendedahan ini bertujuan memberitahu kepada Mazlan Aliman NGO Anak bahawa ahli PAS dalam diam menyokong usaha baik Kerajaan bukan menolaknya. 

Jangan kita menghalang para peneroka menikmati hasil kejayaan Felda kerana dengki melihat kejayaan demi kejayaan telah dicapai. 

Majoriti orang Felda ialah orang kita seagama sebangsa dan merekalah yang telah berpuluh tahun membantu Felda untuk memajukan negara. 

Jangan pelik jika tahap kesetiaan mereka kepada BN tetap kukuh kerana mereka sedar tanpa Kerajaan sudah tentu hilanglah masa depan menjadi peneroka Felda yang berjaya dan juga generasi anaknya. 
 - Sumber 
Ps: Cerita selanjutnya mengenai Calon PAS yang Mohon, Rayu dan Buat Laporan Polis tu boleh klik kat sini. 
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping