Ahad, Mei 27, 2012


Hari ni cukup padat dengan aktiviti dan program. Semut tak turun ke Himpunan Jutaan Belia sebab jadual aktiviti sendiri pun dah cukup padat.

Tapi dalam pada dok sibuk sepanjang hari, ada sahabat Semut tampil menceritakan kisahnya yang cukup menarik untuk dikongsikan dengan korang.

Sahabat Semut ni usianya dalam lingkungan 20an dan baru berjinak - jinak dengan dunia Politik. Dia tak de la menyokong mana - mana pihak.

Tinggal lagi, dia cukup menyampah bila ada dikalangan penyokong Pembangkang ni bercakap macam diorang je yang betul. 

Selain mendabik dada mengatakan yang diorang ni je yang bagus, mereka anggap macam pihak kerajaan ni tak de satu pun yang dibuat betul. Semuanya salah belaka.

Maka, ada satu hari dia keluar minum dengan bapanya disebuah kedai kopi. Sibuk la ada seorang lelaki penyokong Pembangkang tu dok berpolitik kedai Kopi.

Macam biasa, agenda diorang ni tak de yang lain selain dok mengutuk pihak Kerajaan itu dan ini. Yang pemimpin dia, puji tinggi melangit.

Tidak mempedulikan apa yang dikatakan oleh lelaki tersebut, Sahabat Semut berbual dengan bapanya juga mengenai sikap pelik dikalangan penyokong pembangkang ni.

Terdengar pulak dek lelaki yang menyokong Pembangkang tu. Lalu ditengkingnya sahabat Semut tu dan menyifatkan dia tidak tahu tentang Politik sebab dia muda.

Dengan selamba, sahabat Semut mengajukan soalan - soalan yang membuatkan lelaki tersebut terkedu. Selama ni, tak de orang yang berani membetah cakapnya.

Salah satu soalan yang ditanya ialah sebab kenapa Hassan Ali dipecat. Adakah dia dipecat kerana tidak mahu menegakkan Islam atau hanya kerana tak sokong Si Ketua Penipu?

Lelaki tu memang pucat dan terkedu nak jawab soalan tersebut. Berdebat jugak la sahabat Semut yang berusia 20an ni. Tak dapat jawab soalan, dia tuduh UMNO kuat menipu.

Jawab sahabat Semut, sama ada UMNO menipu atau tidak, Pembangkang pun apa kurangnya. Cakap je lebih, tapi buat satu hapah pun diorang tak reti.

Akibat dimalukan oleh seorang anak muda yang berusia 20an tu, lelaki tersebut terus bangun dan terus balik ke rumah!!! Tu dah songeh punya pasal la tu!!!

Korang bayangkan. Seorang lelaki yang merasa diri dia cukup tahu mengenai Politik dimalukan oleh seorang budak yang berusia 20an sahaja yang dianggap jahil dalam Politik. 

Kalau dengan budak kecik pun dia tak mampu nak pengaruhi, kita yang dah besar ni apatah lagi!!! Takkan la kita pun nak jadi jahil macam lelaki yang dok sokong Pakatan Pembangkang tu secara membuta tuli!!! Korang fikir la sendiri!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. orang yang menyokong pembangkang ni, cakao mcm tin kosong....

    BalasPadam
  2. Dah bagi 4 negeri pun dah huru hara tak terurus masalah rakyat bagaimana nak memerintah negara. Alamatnya malaysia kembali ke era 60an le.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping