Rabu, Mei 23, 2012


KUALA LUMPUR: Research In Motion (RIM) memperkenalkan dua lagi model baru telefon pintar dalam siri Curve iaitu model 9320 dan 9220 yang dikatakan lebih bertenaga bagi pengguna yang gemar bertaut di laman sosial.

Dibangunkan dengan hasrat memudahkan penggunaan dan mudah dimiliki, kedua-dua model terbaru ini dibekalkan dengan bateri yang tahan lebih lama untuk memastikan pengguna terus terhubung dengan rakan sosial mereka. 


Antara lain, ciri baru yang dimasukkan ke dalam Curve 9320 dan Curve 9220 ini ialah butang khusus untuk aplikasi pesanan segera BBM, radio FM dan sistem operasi (OS) BlackBerry 7.1.

Ianya turut merangkumkan dengan ciri kawalan keluarga bagi memudahkan ibu bapa melindungi anak-anak daripada capaian ke aplikasi, fungsi spesifik serta ciri yang sensitif dan tidak sepatutnya dibuka. 


Tidak ada harga yang diberikan buat masa ini, namun bagi model Curve 9220 ia dijangka memasuki pasaran mulai 4 Jun ini menerusi rakan niaga yang disahkan dan penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan.


Turut menyerikan Majlis Pelancaran Balckberry Curve ialah artis popular Fazura yang tampil dengan gaya yang cukup simple. 
Categories:

1 ulasan:

  1. x cntk la model ni..mcm blueberry plak die nye design..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping