Selasa, Mei 22, 2012


Tipikal. Mungkin inilah diantara sebab kenapa ibu Semut tak bagi Semut cari kerja sebagai seorang Peguam. Bila ditanya kenapa pulak, jawapannya mudah.

Peguam ni kerja dia mempertahankan orang tanpa mengira sama ada dia salah atau tidak. Walaupun kita tahu dia salah, tapi tetap kena pertahankan juga.

Walaupun apa yang dikatakan oleh Ibu Semut itu satu perkara yang benar, namun pilihan terletak pada diri kita sendiri sama ada nak teruskan atau tidak.

Jika kita dah tau yang orang tu salah selepas kes berjalan, kita ada hak untuk menarik diri dan menggantikan dengan orang lain. Itu pentingnya istiqomah dalam menegakkan hak.

Tapi, kalau dah ambik kira pasal duit dan keuntungan je, maka jadi la kita macam bekas Peguam Cara Negara II ni. Dia bagi la alasan apa pun, orang tak boleh terima.

Sama ada dia ambik kes Si Ketua Penipu tu sebab kerana duit, itu terpulang pada dia. Persoalannya, adakah dia tetap rasa Si Ketua Penipu tu bersalah kerana meliwat Si Mohd Saiful tu dulu? Cuba tanya soalan tu. Tengok la apa jawapan dia!!!
KUALA LUMPUR - Bekas Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang kini membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes berkaitan perhimpunan 28 April, berkata beliau tidak mempunyai hubungan politik dengan ketua pembangkang itu tetapi sekadar menjalankan tugas sebagai seorang peguam profesional.

   
"Saya seorang peguam dan setiap orang berhak berbuat demikian. Saya tidak teragak-agak atau mempunyai masalah untuk mengambil kes ini," katanya kepada pemberita ketika mengulas kehadiran mengejut beliau di Mahkamah Sesyen hari ini sebagai anggota pasukan pembelaan Anwar.
   
Mohamed Yusof, yang mengetuai pendakwaan pada perbicaraan kes liwat kedua ketua pembangkang itu, berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan sesiapapun ketika bersetuju mewakili Anwar.
   
Mahkamah Tinggi pada 9 Jan lepas memutuskan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
    
Mohamed Yusof, yang bersara Februari lepas, berkata Anwar menghubunginya pada kira-kira 10 malam semalam, dan beliau tidak teragak-agak menyertai pembelaan.
    
Beliau turut menolak dakwaan bahawa tindakan itu dilakukan sebagai bantahan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
   
Mohamed Yusof berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Abdul Gani, dan enggan mengulas lanjut.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping