Hadus!!! Memang brutal gila gambar ni. Ianya sebrutal aksi demonstran Bersih yang merusuh di Dataran Merdeka baru - baru ini.
Jumaat lepas, Datuk Seri Raja Nong Chik telah diserang sekumpulan Badan Bukan Kerajaan, NGO dipejabatnya kerana tidak berpuas hati.
Mereka yang hadir turut menyerahkan memorandum kepada Datuk Raja Nong Chik diatas kekecewaan yang melanda diri mereka itu.
Tapi, jangan cepat sangat gempar. Memorandum tu bukan untuk Datuk Seri Raja Nong Chik. Sebaliknya ditujukan kepada Peguam Negara.
10 buah Badan Bukan Kerajaan ini rasa tidak puas hati terhadap Peguam Negara yang sengaja MEMBUTAKAN DIRI dan MEMEKAKKAN TELINGA mengenai rintihan mereka.
Dah berpuluh - puluh laporan Polis dibuat terhadap Perhimpunan Bersih 2.0. Tapi tak de satu pun tindakan yang dibuat oleh Peguam Negara.
Malah, Pak Menteri yang berkenaan pun turut serta memekakkan telinga dan membutakan mata dalam isu ini. Adakah mereka lupa yang Rakyat perlu diDahulukan?
Adakah mereka nak tunggu ada orang yang mati dalam perhimpunan tu baru diorang nak ambik tindakan? Jangan la menangis kalau nasi dah jadi bubur nanti!!!
Jika perkara sedemikian berlaku, rakyat perlu menunding jari kepada mereka berdua ni terlebih dahulu. Peguam Negara dan Pak Menteri Berkenaan. Mereka la sebenarnya musuh dalam selimut!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.