Pelik bin ajaib. Tak berapa lama dulu, Datuk Seri Shahril Samad, abang kepada Khalid Gereja didakwa bertindak keluar parti pada 1 April.
Tapi, ianya disangkal oleh Datuk Seri Shahril sendiri dan menganggap ianya sebagai satu bahan jenaka yang sangat mencuit hati. Ibarat 'April Fool' kata beliau.
Memang la. Bagi sesiapa yang percaya dengan cerita tu, memang betul - betul 'Fool' la jawabnya. Termasuk la Si Khalid Gereja tu sendiri.
Dia memang mengharap sangat agar abangnya tu keluar dari UMNO supaya senang dia nak caci maki orang UMNO lepas ni. Selagi abang dia masih orang UMNO, dia tak boleh buat.
Kali ini, giliran Datuk Lajim Haji Ukin pulak. Dia juga turut dikatakan sudah meninggalkan UMNO dan keluar dari parti tersebut.
Nampak sangat la orang yang buat kerja tu memang dah mula ketar lutut dan takut dengan UMNO sehingga sanggup buat cerita yang bukan - bukan.
Soalnya, siapa yang bawak cerita tersebut? Adakah orang UMNO jugak yang buat cerita tu? Kalau kena pada Pakatan, dia akan kata 'Ini Semua Kerja UMNO'. Maklum la. Diorang bukannya ada modal lain!!! Jadi, lebih mudah untuk dia tuduh UMNO je yang buat!!!
SANDAKAN: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Lajim Ukin menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebar khabar angin kononnya beliau akan keluar daripada Umno.Anggota Parlimen Beaufort yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata tindakan pihak terbabit itu adalah supaya beliau mudah disingkirkan daripada arus politik Barisan Nasional (BN) dan Umno."Saya masih dalam BN, timbalan menteri dan Anggota Majlis Tertinggi Umno. Khabar angin itu disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab supaya keadaan politik menjadi ganas."Tetapi ini memang berlaku setiap kali menjelang pilihan raya dan bukan saya sahaja akan menghadapi keadaan itu tetapi ramai lagi akan diperkatakan untuk berhijrah dan sebagainya," kata Lajim kepada pemberita selepas melancarkan Persatuan Warisan Budaya Bumiputera Sabah (Waris) kawasan Parlimen Batu Sapi di sini, malam Jumaat.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.