Ya!!! Memang itu yang patut dilakukan dan dirasai oleh Si Nurul Izzah tu terhadap Setiausaha Politik dia ni. Sebabkan Setpol dia la, imej dia pun turut tercalar.
Dalam kejadian baru - baru ini, Setpol Si Nurul Izzah ni dengan jelas tidak mengendahkan beberapa orang pengundi dikawasan Parlimen Lembah Pantai.
Jangan kata nak bersua muka. Bila mereka panggil dia pun, boleh dia buat tak tau. Padahal, dia bukan tak sedar yang orang tu panggil dia.
Setpol Si Nurul Izzah ni lebih mementingkan panggilan telefon dari menyahut panggilan dari kalangan pengundi - pengundi di Pangsapuri Pantai Permai tu.
Lebih malang lagi, Setpol Si Nurul Izzah ni turut menggelarkan pengundi - pengundi Parlimen Lembah Pantai tu sebagai kumpulan 'Gengster'.
Wah!!! Pengundi pun dah diberi gelaran dah sekarang ni ye. Yang mana tak sokong diorang, semuanya dianggap 'Gengster' belaka.
Itulah buktinya bagaimana Si Nurul Izzah ni melayan pengundi - pengundi di kawasan parlimen dia sendiri. Itulah buktinya yang dia mesra rakyat.
Kalau dah tak nak layan pengundi dikawasan dia, baik tak payah dia bertanding kat kerusi Lembah Pantai tu. Baik dia cari tempat lain!!!
Adat la jadi wakil rakyat. Tak kira la bagaimana emosi rakyat yang mengadap dia sekali pun. Mereka tetap jugak pengundi dikawasan dia. Bukannya orang luar!!!
Tapi, kalau benda yang semudah itu pun Si Nurul Izzah dan Setpol dia ni tak faham, baik tak payah susah - susah nak jadi pemimpin!!! Duduk rumah je, jaga anak bini. Yang pergi semak nak jadi wakil rakyat tu Menda Kejadahnya!!!
Setiausaha Politik Pejabat Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil memberitahu, beliau dikepung sekumpulan samseng Umno pada ceramah di pangsapuri Pantai Permai, Kuala Lumpur malam tadi.
Menceritakan detik cemas itu, Fahmi berkata, kira-kira jam 9.00 malam, beliau berada berhampiran pondok keselamatan pangsapuri untuk menjawab panggilan telefon.
Menurut beliau, sekumpulan samseng yang berada di kawasan berhampiran telah menjerit memanggil namanya.
“Samseng mengherdik meminta saya datang kepada mereka. Saya tidak menghiraukan permintaan itu kerana sibuk melayan panggilan telefon.
“Mereka kemudian berjalan laju menghampiri saya. Untuk mengelakkan berlaku perkara tidak diingini, saya cuba beredar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN tengahari tadi.
Alaa..setakat jual air liur sape pun boleh buat cerita..betul ke tak tu takde sape yang tau..nasib lagi dia tak kata yang dia dipukul oleh 30 orang samseng..kah kah kah..
BalasPadam