Hahaha!!! Memang 'class' jawapan yang diberikan oleh Senator Tunku Abdul Aziz ni. Bagai pelempang yang hinggap tepat pada muka Si Ketua Penipu tu.
Jelas, dalam isu berkaitan dengan Bersih, Senator Tunku menyatakan pandangan dia secara peribadi. Tak de kena mengena lansung dengan Pakatan Pembangkang.
Kalau sebelum ni, Pakatan Pembangkang suka menggunakan perkataan 'Pandangan Peribadi' serta tidak mengaitkannya dengan dasar perjuangan parti.
Tapi, persoalannya, kenapa pulak Si Ketua Penipu tu begitu terasa bila Tunku menyuarakan pandangan mengenai perhimpunan Bersih?
Apa hak dia nak mempertikaikan pandangan peribadi Naib Pengerusi DAPigs ni? Bukan ke dia sering memperjuangkan Hak Kebebasan Bersuara?
Jadi, adakah ini salah satu contoh Kebebasan Hak Bersuara yang menjadi dasar perjuangan Pakatan Pembangkang dengan menidakkan pandangan peribadi pemimpin sendiri???
Jelas. Pakatan Pembangkang mempergunakan perjuangan Hak Kebebasan Bersuara tu sebagai salah satu dakyah pembohongan mereka sahaja. Tapi, nak buat macam mana ye tak. Kalau tak menipu, tak pulak orang panggil diorang Penipu Rakyat!!!
AntaraPos.com - KUALA LUMPUR : Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim tidak gentar berhadapan dengan tindakan yang bakal diambil oleh partinya berhubung kenyataan membantah perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka Sabtu lalu.
Menurutnya, terpulang kepada DAP untuk menilai pandangan yang diberikan beliau bersabit perhimpunan itu namun bertegas untuk menolak sebarang campur tangan Pakatan Rakyat mahupun Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keputusan itu nanti.
"Kalau nak ambil apa-apa tindakan itu terpulang kepada DAP tapi Pakatan Rakyat tidak ada kena mengena langsung dengan hal saya ini. Ini merupakan satu hal peribadi. Kalau apa yang saya buat ini salah atau pun silap, itu DAP dengan saya bukan saya dengan Anwar Ibrahim atau saya dengan sesiapa lagi. Tiada kena mengena!" tegas beliau.
Minggu lalu perhimpunan BERSIH 3.0 yang dijanjikan aman oleh penganjurnya bertukar ganas apabila para demonstran bertindak mencetuskan huru-hara sehingga mencederakan anggota polis dan menterbalikkan kenderaan pihak berkuasa berdekatan kompleks Sogo.
Tunku Aziz dalam sidang Dewan Negara minggu lalu menyatakan pendirian bahawa perhimpunan BERSIH boleh bertukar ganas berdasarkan kejadian yang sering berlaku di luar negara.
Katanya lagi perhimpunan itu tidak wajar diadakan di Dataran kerana ia mengajak rakyat melanggar undang-undang dan keselamatan peserta yang hadir pada himpunan itu juga tidak terjamin.
Jika ada individu lain dalam pakatan pembangkang macm YM Tengku Abdul Aziz Ibrahim ni.. aman makmor Malaysia.. membangkang untuk mengimbangi apa jua rancangan kerajaan tetapi tidak bermakna sebagai penderhaka kepada negara...Jelas dan terang Anwar dan kuncunya memang nak porak perandakan negara...dan jelas kemaruk kuasa.
BalasPadamSemoga kita dapat bersatu dalam menangani musuh negara seperti anwar n the gang..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamGood job YM Tengku Abdul Aziz Ibrahim.. Harap Malaysia Aman Makmur... lepas ni
BalasPadam