Hehehe... Satu dunia cukup teruja membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS ni. Bukan sebab apa. Sebab ini la peluang untuk ketawa berguling - guling.
Apa sahaja yang keluar dari mulut Si Mahfuz Bean ni hanya menjadi bahan ketawa rakyat sahaja. Macam badut dah dia ni rupanya. Hahaha...
Paling terbaru apabila dia mempertikaikan mengenai Fatwa yang dikelurkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan baru - baru ini.
Fatwa itu jelas menerangkan; 'Adalah Haram Bagi Umat Islam Menyertai Sebarang Perhimpunan Yang Menimbulkan Kekecohan'. Itu sahaja. Jelas dan terang.
Tak perlu lagi ianya diperjelaskan seperti mana yang dituntut oleh Si Nurul Izzah semalam. Dasar orang bebal, memang la tak faham apa - apa.
Semut nak tanya korang, dalam kenyataan diatas, apa benda yang korang tak faham? Kalau nak buat perhimpunan, pastikan ianya tidak menimbulkan kekecohan.
Pemimpin yang bertanggungjawab perlu memastikan yang Kekecohan ini tidak berlaku. Mudahkan? As simple as that.
Buat la banyak mana perhimpunan sekali pun. Selagi ianya tidak menimbulkan kekecohan, maka ianya boleh dijalankan. Tapi yang timbulkan kekecohan ni yang Haram.
Fikirkan sejenak. Selama ini, diorang sering buat Perhimpunan Rakyat di Stadium Melawati yang penuh dengan orang. Kenapa Perhimpunan Bersih ni diorang tak buat disana?
Kan masa diorang buat dalam stadium tu, aman je. Tak de pulak timbul sebarang kekecohan. Betul tak? Jadi sekarang, yang diorang nak mengarut - ngarut tak tentu arah ni, apa hal?
Dah buang tebiat ke? Nampak sangat la diorang terasa bersalah sebab menjadikan Perhimpunan Bersih baru - baru ini sebagai satu kekecohan. Itu pasal la diorang naik meroyan nak memperbetulkan keadaan!!!
Ps: Pepatah Inggeris pun dah sebut - Justification is only for those who make mistake. Tapi, cakap benda ni kat Mahfuz pun tak guna. Dia bukan faham bahasa Inggeris!!! Hahaha...
Bengap betul si Mahfuz ni. Ayat mudah pun susah nak faham..
BalasPadamNURUL IZZAH JADI PENGUNDI HANTU DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini...
http://apakecoh2.blogspot.com/