Owh... Sekarang baru la semua rakyat Malaysia ni faham. Insiden menerbalikkan kereta Polis tu adalah tidak disengajakan.
Itu yang dijelaskan oleh salah seorang aktivis yang katanya turut berada ditempat kejadian. Kononnya, kata dia, diorang nak selamatkan mangsa dibawah kereta tu.
Soalnya sekarang, dimana mangsa tu? Selepas kereta tu diterbalikkan, kenapa diorang bersorak sakan macam meraikan sesuatu?
Dalam artikel yang disiarkan dibawah, mamat ni kerap mengulangi perkataan 'mereka yang bukan berpakaian kuning'. Siapa mereka tu?
Seorang aktivis, Saiful Mokhtar, 33, mengakui dia yang berada di lokasi kejadian dapat mendengar dengan jelas beberapa orang mengarahkan kereta polis itu diterbalikkan kerana kononnya ada mangsa yang tersepit di dalamnya.“Mereka yang mengangkat kereta itu terdiri daripada 10 hingga 15 orang rata-ratanya berniat mahu menyelamatkan mangsa yang mungkin tersepit di bawah kereta dan bukan sengaja untuk membalas dendam terhadap anggota polis.“Dalam keadaan kelam kabut kami cuba mengawal situasi namun terdapat dua atau tiga orang (bukan berpakaian kuning) bertindak menjerit dan cuba melakukan keganasan melampau malah kami cuba menghalang dan turut membelasah seorang daripada mereka yang cuba melarikan beg dari kereta polis itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Bukan ke diorang tu peserta Bersih jugak? Atau adakah yang tak pakai baju tu dianggap bukan peserta Bersih? Cuba tengok gambar dibawah. Siapa yang pijak kereta Polis tu?
Bukan ke mamat tu pakai baju Bersih? Takkan la Si Mamat tu tak nampak kot. Atau dia sengaja buat - buat tak nampak?
Sudah la!!! Jangan la bagi alasan yang bukan - bukan hanya semata - mata nak menegakkan benang yang basah. Satu dunia dah nampak apa yang diorang cuba buat.
Kalau nak kata insiden terbalikkan kereta Polis tu bukan satu insiden yang disengajakan, menda kejadah pulak akak dalam video ni dok maki hamun Polis!!! Itu pun bukan disengajakan jugak ke!!!
Dah terang lagi bersuluh. PR gemar membodoh2kan pengikut mereka dgn alasan2 yg bodoh. Maka pengikut2 yg mudah percaya bolehlah dikatakan sbg dua kali bodoh.
BalasPadam