Hahaha!!! Memang lawak betul la Bakal Menteri Besar Johor ni. Ada angan - angan nak jadi Menteri Besar, tapi buat kerja tak reti.
Nampak gayanya, dia pun dah mula kemaruk nak jadi MB sehingga dia sendiri terperangkap dalam permainan Politik Pakatan Pembangkang.
Maka sebab itulah dia pun mula meroyan tak tentu arah dan mengeluarkan cabaran kepada datuk Seri Najib untuk membubarkan Parlimen.
ALOR SETAR - “Najib dan seluruh kepimpinan Umno, kalau berani bubar Parlimen sekarang!” demikian laung Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub di hadapan lebih 10,000 penyokong dan jentera Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Pas Kedah semalam.
Laungan itu disambut seluruh jentera yang hadir dengan gema “Bubar! Kami sudah bersedia!” yang menunjukkan Pas Kedah sudah bersedia pada bila-bila masa untuk menghadapi PRU13, yang dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada bila-bila masa.
Selama ini, yang cukup takut nak menghadapi Pilihan Raya Umum ialah puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Sebab itu diorang suka buat spekulasi yang bukan - bukan.
Malah, Si Ketua Penipu tu sendiri sering meramalkan tarikh Pilihan Raya Umum yang KONONnya bakal diadakan nanti. Tapi, sampai sekarang, haram satu pun menjadi.
Yang peliknya, kenapa pulak diorang nak melatah bila Perdana Menteri secara berseloroh menyatakan yang Parlimen akan dibubarkan dalam minggu ini?
Kenapa pulak diorang tiba - tiba nak cabar PM suruh bubarkan Parlimen sedangkan dalam masa yang sama diorang sendiri takut nak menghadapi Pilihan Raya?
Pelikkan. Diorang suruh PM bubarkan Parlimen. Tapi diorang sendiri mati - mati tak nak bubarkan DUN bagi Negeri - Negeri dibawah Pakatan Pembangkang.
Soalnya, kenapa diorang tak nak bubarkan DUN sekali dengan Parlimen? Adakah sebab mereka takut kalah besar dan tak mampu nak hadapi kenyataan?
Yang paling kelakar, diorang cabar PM, "Kalau Berani, Bubarkan Parlimen Sekarang". Yang diorang pulak, tak berani ke nak bubarkan DUN?
Dah macam ketam dah puak - puak Pakatan Pembangkang ni rupanya. Kalau cabar orang bukan main lagi lantang. Tapi, bila orang cabar dia, kecut telur masing - masing.
Apa, takkan la diorang hanya berani nak cabar orang je kot. Kalau setakat berani nak cabar orang je, baik tak payah jadi pemimpin!!! Tapi nak sangat jadi hero. Ini Hero Taik Kucing!!! Satu sen pun tak berguna kalau jenis Penakut macam ni!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.