Isnin, Mei 14, 2012


Hek eleh!!! Buat lawak betul la Si Assmin Ali ni. Dia pun ada hati jugak nak cabar orang konon. Buat gelak dek orang kampung je bila dengar dia cakap macam ni.

Kononnya, Si Assmin ni nak cabar Datuk Seri Najib agar mengumumkan tarikh Pilihan Raya yang akan diadakan kelak.

Kata dia lagi, puak - puak Pakatan Pembangkang tu dah bersedia nak hadapi Pilihan Raya Umum sejak tahun lepas lagi. Jadi, tak de masalah la bila nak buat Pilihan Raya ni.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, tindakan Najib menangguhkan pilihanraya dengan menggunakan pelbagai taktik menunjukkan Umno belum lagi bersedia untuk berhadapan dengan rakyat selain hilang keyakinan dan kepercayaan di kalangan ahli Umno sendiri.

Azmin berkata, tindakan Najib itu disebabkan beliau perlu menyelesaikan pelbagai masalah dalaman Umno selain kontroversi yang dihadapi kerajaan.

"Kalau dia katakan sokongan rakyat kepada Umno semakin kuat dan kukuh, saya cabar dia umumkan tarikh pilihan raya esok.

"Pakatan Rakyat (PR) sudah bersedia dari tahun lalu lagi untuk PRU13," katanya kepada media selepas menyerahkan peralatan persiapan PRU13 PKR Negeri Pulau Pinang di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azmin berkata, PKR telah selesai pengagihan kerusi dengan rakan PR untuk PRU13 di Pulau Pinang.

"Kita juga telah kenal pasti calon-calon yang akan bertanding di peringkat Parlimen dan Dun.

"Nama-nama calon wakil PKR Pulau Pinang akan diumumkan oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam masa terdekat," katanya.
Kalau dia kata yang jentera serta puak - puak Pakatan Pembangkang tu dah bersedia, maka tak salah kalau kita cabar mereka untuk turut serta membubarkan DUN.

Jangan setakat bubarkan Parlimen je. DUN dibawah Negeri Pakatan Pembangkang pun perlu dibubarkan sekali. Itu pun kalau diorang rasa sokongan rakyat kuat kepada mereka.

Kalau setakat cakap je, baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!! Nanti jadi macam cabaran yang orang buat pada dia untuk bersumpah dan membersihkan nama baik dia sendiri.

Bayangkan. Demi untuk membersihkan nama dia dan juga maruah keluarga sendiri pun dia tak mampu lakukan bila dicabar, inikan pulak dia nak bubarkan DUN sekali dengan Parlimen.

Lagi la dia tak mampu nak buat!!! Apa guna jadi pemimpin kalau nama baik diri sendiri pun dia GAGAL nak pelihara. Kalau diberi mandat untuk jaga nama baik Negara, alamat jahanam la jawabnya!!! Korang fikir la sendiri!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping