Selasa, Mei 01, 2012


Ps: Semut dah banyak kali melihat kepincangan dari sudut penguatkuasaan dan tindakan Peguam Negara ni. Setakat ini, diorang yang paling FAIL sekali.

Malah, Pak Menteri yang berkaitan pun dok asyik langut tak tentu arah je tanpa sebarang tindakan. Sekarang, mintak tolong!!! Rakyat dah fed up dengan Pakatan Pembangkang. Jadi, TOLONG AMBIK TINDAKAN!!!
KUALA LUMPUR 29 April - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) hari ini menggesa Pejabat Peguam Negara memberi penjelasan berhubung permohonan pengesahan laporan tuntutan kerugian Bersih 2.0 yang diserahkan sejak tahun lalu.

Laporan setebal 365 muka surat itu adalah tuntutan kerugian sebanyak RM817,205 daripada 317 peniaga yang membuat laporan polis ekoran perhimpunan tersebut.

Presidennya, Mohd. Ridzuan Abdullah berkata, pihaknya menggesa maklum balas segera supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap penganjur atau pihak bertanggungjawab sehingga menyebabkan peniaga diarahkan tutup kedai tahun lalu.

"Apa yang mengecewakan, sehingga kini Peguam Negara masih tidak memberi sebarang maklum balas. Oleh kerana tiada tindakan undang-undang, kini Bersih 3.0 wujud dan semakin ganas sehingga meninggalkan impak kepada banyak pihak termasuk peniaga," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya mencadangkan agar kerajaan memberi rebat sewa, elektrik dan air terhadap peniaga-peniaga yang menanggung kerugian akibat perhimpunan tersebut bagi membantu meringankan beban kos kerugian yang ditanggung.

"Bayangkan jika peniaga boleh dapat RM200 sehari tetapi disebabkan perhimpunan ini, perniagaan tidak beroperasi, berapa banyak jumlah kerugian ditanggung dan siapa yang mahu bantu menanggung kos tersebut!

"Justeru, Ikhlas mahu peniaga-peniaga tampil kerana pihaknya sekali lagi akan mengumpul semua maklumat dan kerugian pada Bersih 3.0 sebelum membuat laporan polis dalam masa terdekat," jelasnya.

Dalam pada itu, Mohd. Ridzuan berpendapat, kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri perlu bertegas dalam perkara itu agar ia tidak berulang pada masa hadapan.

"Kejadian tahun lalu dan Bersih kali ini perlu dijadikan pengajaran dan berharap semua pihak belajar daripada kesilapan.

"Di mana bersihnya jika peserta semakin kurang ajar dan berani mencabar undang-undang. Kerajaan kena tegas kerana kami bimbang Bersih 4.0 pula wujud dan bertindak lebih keterlaluan," katanya.
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. mana berani ambik tindakan . Ambiga tu SRIKANDI negara (check web suarapakatanrakyat )hihihihih . aku pon naik heran dengan PEGUAM NEGARA yang dilantik oleh Kerajaan BN .terlampau COOL

    BalasPadam
  2. Peguam negara dan datuk Hishamuddin mesti dan harus letak jawatan. kerana tak ada telor kalau dari besih 1.0 sudah ada tindakan tak akan melalut sampai 3.0 dan mungkin ada lagi selepas ini,atau adakah anda berdua ini musuh kerajaan yang didlam selimut.cukup2 lah tu.ATM bila anda nak ambil aleh Kerajaan?turunkan mereka yg lapar kuasa dan ingin kan kuasa sebelum negara Malaysia yg kami cintai ini hancur

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping