Ini satu cerita yang Semut dengarberlaku baru - baru ini. Katanya, puak - puak Pakatan Pembangkang tu memberi upah kepada petugas untuk sebarkan fitnah.
Mereka didakwa membayar sebanyak RM100 seorang untuk menjaja cerita berkaitan dengan keganasan pihak Polis ketika Perhimpunan Bersih 3.0 yang lalu.
Maka merata - rata la para petugas ni menaburkan cerita - cerita yang bukan - bukan dikedai - kedai kopi dan juga diwarong tepi jalan.
Tambah memalukan, petugas yang dibayar ini juga turut membawa cerita seumpama itu didalam masjid sewaktu menunggu waktu solat.
Modus operandi mereka cukup mudah. Mula - mula mereka cerita mengenai tuntutan Bersih yang KONONnya tidak diendahkan oleh pihak Kerajaan.
Selepas itu mereka kaitkan dengan perhimpunan tersebut. Kata mereka, pada mulanya semua berjalan dengan lancar. Tetapi, secara tiba - tiba pihak Polis mula bertindak ganas.
Macam - macam la cerita yang diorang buat untuk memburuk - burukkan pihak Polis yang bertugas pada hari itu. Tu tak termasuk gelaran buruk yang mereka lemparkan.
Dah semakin jelas bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang ni sudah mula ketar lutut dan terpaksa menggunakan cara sejijik ini untuk menyebarkan fitnah terhadap Kerajaan.
Mungkin lepas ni Si Wali Terompah tu akan keluarkan fatwa untuk menghalalkan kaedah ini dilaksanakan oleh puak - puak Pakatan Pembangkang tu nanti.
Mungkin dia akan kata tak salah untuk bagi upah sebab mereka buat kerja. Kalau tak bagi upah, zalim namanya. Keringat mereka diguna dan diperah. Tapi tak de balasan.
Mungkin juga dia akan kaitkan dengan kisah Baginda Rasulullah yang memberi upah buah kurma kepada tentera Islam yang berperang demi menegakkan Kebenaran.
Perkara seumpama ini tak mustahil akan berlaku. Sebab mereka jenis manusia yang terdesak untuk berKUASA!!! Jangan setakat bagi upah untuk sebarkan fitnah. Malah pinggirkan ibu sendiri pun diorang sanggup buat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.