Wah! Demi menyahut seruan Perdana Menteri, nampak gayanya dunia perfileman Malaysia pun turut berubah. Ini satu pendekatan yang baru. Lebih baik dari seruan Reformasi Pakatan Pembangkang.
Jelas, dunia filem tanah air tidak hanya tandus dengan cerita genre seram semata - mata. Rakyat bukannya nak tengok sangat cerita macam tu. Dah muak dah. Cukup la diorang hidup dalam dunia seram Politik semasa. Nak semak kepala fikir pasal hantu buat apa!!!
KUALA LUMPUR: Pihak penerbit filem terbaru berjudul Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) yakin filem berkenaan bakal mengubah landskap filem tempatan.
Ketua Pegawai Ekskutif Flare Studios Sdn Bhd, Miza Mohamad berkata, gabungan antara tiga buah negara iaitu Russia, Dubai dan Malaysia dalam menghasilkan filem itu telah menjadikan karya itu berbeza dengan sentimen antarabangsa dalam kandungannya.
"Walaupun filem ini menggunakan sepenuhnya tenaga kerja dari Malaysia tetapi semasa kita melakukan penggambaran di Russia dan Dubai kami dapat bekerjasama dengan produksi di sana menjadikan hasil filem ini lebih hebat.
"Kerjasama itu juga telah mengembangkan idea asal filem itu seterusnya menjadikan ia lebih menarik dan mempunyai elemen antarabangsa di dalamnya menjadikan ia sebuah filem yang boleh ditonton oleh masyarakat seluruh dunia," ujarnya kepada mStar Online selepas ditemui pada majlis tayangan perdana filem tersebut pada malam Selasa.
Mantera lakonan Tomok dan Shikin Kamal bakal ditayangkan bermula 17 Mei depan. Dalam pada itu, Miza berkata, pihaknya telah menghasilkan dua versi filem berkenaan untuk tayangan tempatan dan antarabangsa.
Miza memberitahu, pihaknya juga telah berbincang dengan pihak pengedar di luar negara terutamanya di Russia dan Dubai untuk melancarkan filem berkenaan di sana.
"Versi untuk tayangan tempatan adalah sedikit berbeza kerana pihak produksi mengambil keputusan untuk memperbanyakkan elemen tempatan dan romantik bagi mengikut selera penonton di negara ini.
"Bagaimanapun untuk versi antarabangsa elemen-elemen tersebut tidak akan dimasukkan yang dilihat tidak berapa sesuai," katanya.
Sementara itu, Miza berkata, filem yang menelan belanja sebanyak RM8.5 juta itu turut mendapat kerjasama daripada pelakon-pelakon antarabangsa seperti Wael Al-Masri (Dubai), Mikhail Dorojkin (Russia), pelakon seni mempertahankan diri Russia Saide Dashuk-Nighmatulin, Daria Markova (Russia) dan penyanyi pop Ukraine serta pemenang Mrs. World 2008 Natalya Shmarenkova (Ukraine).
Published with Blogger-droid v2.0.4
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.