Sebelum ni, Semut nak jugak cerita pasal benda ni. Tapi, rasanya masih tak sesuai. Bila melihatkan rakan blogger lain dah keluarkan cerita, jadi boleh la kita cerita sikit.
Tahu tak kita yang selama hari ini, Si Ketua Penipu tu bukannya dapat duit bantuan dari Israel atas hasil sumbangan mereka semata - mata?
Sebenarnya, Si Ketua Penipu tu pinjam duit - duit tu semua dari agensi - agensi Pro Israel seperti IMF, NDI dan lain - lain.
Janji dia, duit tu semua pinjaman tu akan dibayar selepas dia berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia kelak. Jadi, sebab itu dia memerlukan pertolongan mereka.
Tapi, pinjaman tu takkan diberi semudah itu. Mesti ada cagaran dan jaminan yang Si Ketua Penipu tu mampu untuk menjelaskan semula wang tersebut.
Maka, Si Ketua Penipu tu bawak mereka ke lokasi dimana dia simpan berkontena - kontena duit yang bernilai berbillion - billion USD. Melihatkan 'cagaran' tersebut, mereka pun setuju.
Tapi, masa untuk Si Ketua Penipu tu jadi Perdana Menteri terlalu lama. Dah 12 tahun. Para peminjam dia dah mula jadi tak senang duduk. Semua dah panas punggung.
Maklum la. Duit dah banyak habis. Nak tumbangkan Kerajaan BN dan menjadi Perdana Menteri masih tak nampak lagi peluangnya sebab skandal dia semakin banyak.
Keadaan seumpama itulah yang membuatkan Si Ketua Penipu tu jadi terdesak. Dia terpaksa buat apa sahaja 'At All Cost' untuk tawan Putrajaya dalam masa terdekat.
Jadi, tak heran la kalau dia sanggup cetuskan huru hara di Dataran Merdeka baru - baru ini semata - mata untuk memperlihatkan kepada dunia yang Kerajaan Malaysia ni kejam!!!
Untuk pendedahan seterusnya, korang boleh baca sinopsis dibawah ni. Lepas tu, korang fikir la sendiri!!!
MyMassa - Cuba anda duduk sekejap, tutup mata anda, tapi buka pintu hati anda. Bayangkan hari ini Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia? Dengan segala kesah yang tidak bermoral, diketahui oleh para lintah darat.
Berapa agaknya Anwar perlu bayar untuk menutup mulut mereka semua? Di mana Anwar nak ambil duit? Gaji Perdana Menteri berapa nak bayar berjuta-juta para lintah darat? Tak kan lah para lintah darat yang memegang segala rahsia Anwar nak minta ratus ribu atau satu dua juta sahaja?
Sudah tentu Anwar akan melelong apa sahaja yang ada dan merasuah apa sahaja untuk membayar semua itu! Bukankah dulu Anwar memang perasuah terbesar ketika menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri!
Ambil satu contoh yang kecil sahaja, anda boleh semak projek berbillion yang diberikan kepada Kamarudin Jaafar semasa mengendalikan sistem pengangkutan LRT di bandaraya Kuala Lumpur ketika itu. Anwar hilang RM200,000 dalam rumah pun tidak kesah, tidak membuat laporan polis!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.