Halamak!!! Berani betul blogger baru ni mendedahkan kelemahan dua orang tokoh Negarawan Ulung ni dalam blog dia. Tak takut orang marah ke?
Semua orang sedia maklum bahawa Tun Dr. Mahathir mempunyai ramai pengikut yang setia dengan perjuangannya selama ini. Termasuk la Semut sendiri.
Tapi, tak sangka pulak dia juga ada kelemahan dan pernah melakukan kesilapan? Ini membuktikan bahawa Tun Dr. Mahathir juga merupakan manusia biasa.
Dia ada juga melakukan kesilapan dalam hidupnya. Dan tambah mengkagumkan ialah apabila beliau berani mengakuinya.
Tak de la macam Si Ketua Penipu tu. Dah buat silap, bukannya nak mengaku. Sebaliknya, dia salahkan orang lain pulak!!! Tapi, ye la. Nak buat macam mana , ye tak. Dah nama pun Ketua Penipu. Jadi apa lagi yang dia tau buat!!!
SHAH ALAM - Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa banyak pihak tidak menyedari bahawa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan "kesilapan besar" semasa menyandang jawatan perdana menteri iaitu masing-masing dalam kes Singapura menyertai Malaysia dan membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan dan Umno.Wartawan veteran dan bekas Menteri Penerangan itu berkata, tindakan Tunku Abdul Rahman membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia pada 1963, yang mana turut sama membawa bersamanya dasar 'Malaysian Malaysia' telah memberikan kesan kepada negara.Singapura keluar dari Malaysia dua tahun kemudian.
Dalam pada itu, Zainuddin juga mendakwa Dr Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim juga satu kesilapan kerana tindakannya yang dikatakan memporak-perandakan perpaduan bangsa.
"Ramai antara kita tidak menyedari, dua pemimpin Agung dari Kedah, Tunku Abdul Rahman dan Dr. Mahathir telah membuat dua kesilapan besar yang menjadi masalah kepada negara ini hingga sekarang.
"Tunku membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia yang mana turut sama membawa bersamanya Malaysian Malaysia sementara Dr. Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudianya telah memporakperandakan perpaduan bangsa," katanya lagi.
pada asalnya tujuan kedua2 pemimpin ini baik.tetapi keadaan menjadi berubah dari masa kesemasa.
BalasPadambg ak la.kalau TDM tahu yg anwar2 mcm dr dulu dia xkn bwk msuk umno.sape y mmpu nilai mnusia?TDM igtkan dia baik
BalasPadam