Sabtu, Jun 09, 2012


Ps: Kalau zaman sekarang, bukan sebab berjoget je akan dipecat. Kutuk Si Ketua Penipu tu pun, maka nasib akan terjerat. Tak pasal - pasal je kena pecat.

Begitu la maksumnya Si Ketua Penipu tu dimata pemimpin - pemimpin PAS. Jangan kata nak jentik, nak kritik pun tak boleh. Perjuangan Islam menda jadahnya kalau macam tu!!! Itu perjuangan Haramjadah namanya!!!
Pada awal 70an, seorang wakil rakyat Pas Kawasan Parlimen Parit yang terkenal pandai berpantun, telah menyambut cabaran Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman untuk turut berjoget di dalam suatu majlis keraian di bangunan Parlimen.
Hashim Gera tidak menyangka perbuatannya itu akan memberikan akibat buruk kepadanya, kerana pada fahamannya; menari joget tidak menyalahi budaya Melayu dan tidak haram di sisi Islam, tetapi Jawatankuasa Tatatertib Pas telah memanggil mesyuarat tergempar dan mengambil keputusan menggantungnya dari menjadi ahli Pas.

Berikutan dengan itu Hashim Gera berpantun yang disiarkan oleh Utusan Melayu 24 Febuari 1971:-
Naik Rakit di dalam payaPatah galah di air dalamMenari joget hobi saya,Tidak haram di sisi Islam
Pemangku Yang Dipertua Agung Pas, Datuk Haji Mohd Asri memberitahu, bahawa penggantungan Hashim Gera dari Pas adalah untuk “beberapa waktu”, kerana beliau melanggar displin parti dan untuk memberi peluang kepadanya bagi membetulkan kesilapan.

Hashim Gera telah berjoget di Parlimen pada 23 Febuari 1971 dan gambarnya menari di siarkan oleh akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia pada 24 Februari yang tidak sahaja mengejutkan penyokong-penyokong Pas, tetapi juga orang ramai

Berikutan dengan tindakan itu, Hashim berikrar tidak lagi akan menari di tengah terang, tetapi pada 16  Mei 1972, beliau dipecat terus dari parti walaupun pengantungannya telah ditarik balik pada 16 Mac tahun 1971.

Hashim memberitahu akhbar, bahawa pemecatannya itu adalah oleh kerana beliau mengingkari perintah parti supaya jangan menari lagi di khalayak ramai.
Maka berpantunlah lagi Hashim Gera:-
Pagi-pagi turun ke telaga,Ramai bercampur teruna daraHashim Gera empunya ceritaSebab berjoget Pas mendera
Berebut-rebut pula tali timbaDalam pandangan seperti berlagaKalau betul demikian adaPerjuangan kebangsaan Pas berpura-pura
Sayang Che Man pergi memukatCincin intan pakai di jariAhli Parlimen bukan MalaikatApa salah dia menari
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping