Semua orang dalam Malaysia dah tahu tentang agenda Si Ketua Penipu tu selama ini. Dia berjuang dalam Politik hanya semata - mata untuk diri dia sahaja.
Impian dia ialah untuk jadi Perdana Menteri Malaysia sebab dulu dia dah GAGAL untuk jejak kaki ke jawatan tersebut. Dia setakat mampu jadi Timbalan je.
Bak kata orang putih, 'Being Second is like the first loser'. Maka, atas sebab yang mudah itu dia enggan menyerah kalah walau apa cara sekali pun.
Bermula dari niat itulah dia mula buat huru hara sebaik dia keluar dari penjara Sungai Buluh atas tuduhan kes salah guna kuasa. Ya! Dia masuk penjara sebab kes salah guna kuasa.
Kes tersebut telah menyumbatkan dia selama dua tahun didalam sangkar besi sementara kes liwat dia masih lagi dalam perbicaraan.
Ramai orang yang keliru. Selama ini, diorang ingat Si Ketua Penipu tu masuk penjara sebab kes liwat. Ternyata mereka silap. Si Ketua Penipu tu masuk penjara sebab penyelewengan.
Penyelewengan yang selama ini dia tuduh orang lain buat. Dan tempoh selama 4 tahun didalam penjara tu tamat, maka sebab itu dia dibebaskan.
elok dia langkah keluar je dari pintu penjara Sungai Buluh, Si Ketua Penipu tu dah mula dengan rancangan dia untuk memporak perandakan Malaysia.
Salah satu caranya ialah mewujudkan suasana kurang selamat didalam negara. Masyarakat dunia perlu tahu yang Malaysia sekarang dalam keadaan huru hara sejak dia dipecat.
Bila rakyat dunia tengok, maka mereka akan beranggapan yang Malaysia ni bukan sebuah Negara yang selamat. Tinggal lagi, impian Si Ketua Penipu tu tidak kesampaian.
Dia ingat dia mampu tipu rakyat dunia. Jelas, rakyat dunia masih belum buta mata mereka. Hanya mereka yang buta hati je yang percaya dengan Si Ketua Penipu tu.
Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah nama dia pun Ketua Penipu, apa lagi yang dia mampu buat!!! Itu pasal la dia tergamam baca laporan dibawah ni!!! Nampak sangat la agenda dia GAGAL lagi kali ni!!!
JOHOR BAHARU 26 Jun - Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara yang paling selamat di kalangan 19 buah negara berpendapatan sederhana tinggi di dunia.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd. Radzi berkata, Malaysia juga diiktiraf sebagai negara ke-12 paling selamat secara keseluruhan mengatasi Amerika Syarikat dan Britain.
"Program GTP (Program Transformasi Kerajaan) dan NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) Mengurangkan Jenayah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, contohnya Global Peace index telah menempatkan Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat aman di kawasan Asia Pasifik," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.