Isnin, Jun 18, 2012


Anzalna enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan yang baru dikeluarkan wartawan hiburan yang menulis artikel terbabit, bahawa artikel itu diterbitkan dengan persetujuan bersama dan bukan secara paksaan.


Anzalna berkata, apa yang menjadi fokusnya sekarang ini adalah untuk menyelesaikan masalah di antara dia dan Neelofa.



Di tebak mengenai kredibilitinya yang mungkin terjejas selepas kontroversi ini, Anzalna berkata, dia sudah mempunyai beberapa produk (drama) sebelum ini dan tidak timbul isu mencari publisiti murahan kerana perkara itu.



"Kalau saya tidak ada produk langsung, mungkinlah mereka (pengkritik) boleh berkata sebegitu. Saya tidak rasa kredibiliti saya terjejas kerana saya masih menerima tawaran berlakon.



"Malah, saya cukup bertuah kerana mendapat sokongan padu dari keluarga, teman, kekasih dan peminat," katanya.



Neelofa dalam satu sidang media pada Rabu telah memberikan tempoh seminggu kepada Anzalna untuk memberikan penjelasan dan segala bukti berhubung kenyataan yang didakwa sebagai fi tnah yang dilemparkan terhadapnya menerusi laporan sebuah akhbar pada Ahad lalu.



Teraju utama Azura itu juga telah melantik dua orang peguam untuk mengendalikan kes tersebut.



Difahamkan, Neelofa dan Anzalna sememangnya mempunyai 'sejarah' semenjak program pencarian Dewi Remaja diadakan pada 2010. Mereka dikatakan tidak 'sebulu' dan pernah bertegang urat ketika program itu dijalankan.



Namun, kisah mereka senyap begitu sahaja apabila Neelofa memenangi pertandingan dan membawa haluan masing-masing dalam industri seni.



Pesan Izara



SEMENTARA itu, dua lagi bekas Dewi Remaja musim sama, Izara Aishah dan Ramona Zamzam sependapat meminta Neelofa dan Anzalna menghentikan pertelingkahan dan melupakan persengketaan yang pernah berlaku.



Menurut Izara, mereka sepatutnya lebih berfikiran matang dan berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.



"Saya tidak berniat mencampuri urusan mereka berdua, tetapi saya tidak tahu apa punca sebenar mereka bergaduh.



Namun, apa yang saya tahu hubungan mereka memang tidak baik semenjak di dalam pertandingan lagi. Tapi sebagai kawan, saya berharap mereka berfikir panjang sebelum berkata sesuatu dan fikir tentang masa depan," ujarnya ketika ditemui.



Izara berkata, dia tidak mempunyai masalah dengan kedua-dua sahabatnya itu dan masih berhubung sehingga kini.



"Hubungan kami masih baik semenjak dalam pertandingan lagi. Cuma kami masing-masing agak sibuk dan tiada masa untuk berjumpa dan lepak bersama," katanya.
Categories:

1 ulasan:

  1. Sorry.. off topic..

    Lim Guan Eng lantik seorang Muflis sebagai Ahli Majlis...

    baca nih.. http://anakmelayupenang.blogspot.com/2012/06/lim-guan-eng-lantik-seorang-muflis.html

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping