Hah!!! Ni apa pasal pulak dengan Si Assmin Ali ni? Kenapa pulak dia takut sangat nak dedahkan 'Anu' dia sendiri? Kalau dengan skandal dalam jamban, berani pulak dia ye.
Mungkin sebab 'anu' dia tak sehebat Si Ketua Penipu tu kot. 'Anu' Si Ketua Penipu tu, satu dunia pun dah tengok dan dah tau macam mana bentuk dia. Hehehe...
Tapi, ini bukan cerita pasal 'Anu' Si Assmin ni. Sebaliknya, ianya pasal rahsia yang cuba nak disebunyikan oleh dia sehingga enggan jelaskan isu nombor plat kereta dia sendiri, BBM 3.
Kenapa sampai hari ni, dia masih mendiamkan diri? Kenapa Si Nizar Lilin tu tak nak pulak tulis dalam twitter dia mengenai perkara tersebut?
Takkan dia setakat pandai nak pertikaikan hak Sultan je kot!!! Hak member sendiri, dia kecut telur ke!!! Kalau bercakap, pandai sangat. Tapi rupanya, bongok jugak!!!
Sekarang dah kena pada batang hidung sendiri, kenapa diorang tak nak jawab? Kenapa diorang tak buat sebarang penjelasan mengenainya? Nampak sangat la diorang ni mengamalkan sikap Berat Sebelah!!! Keadilan Kepala Tengkorak Dia La Kalau Macam Tu!!!
KUALA LUMPUR 16 Jun - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari percaya Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali cuba menyembunyikan sesuatu kerana sehingga kini belum menjelaskan tentang pemilikan nombor pendaftaran kenderaan BBM 3 yang digunakan pada kereta Toyota Camry miliknya.
Katanya, sikap berdiam diri Azmin itu telah menimbulkan keraguan banyak pihak yang mempersoalkan sama ada Azmin membeli nombor pendaftaran tersebut atau memperolehnya secara percuma semasa berkhidmat dengan Anwar di pejabat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu.
Anuar juga mahu Azmin memberi penjelasan tersebut dalam tempoh tujuh hari bermula hari ini dan jika gagal berbuat demikian, beliau akan membuat laporan polis untuk menyiasat perkara tersebut.
''Sudah tiga hari isu itu ditimbulkan dan sebagai pemimpin dia perlu tampil untuk memberi penjelasan kepada umum bukan pada ceramah-ceramah tanpa mengemukakan bukti. Sekarang adalah peluang untuk dia memberikan penjelasan tersebut,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Pada Rabu lalu, Anuar meminta Azmin memberi penjelasan berhubung pemilikan nombor pendaftaran berkenaan namun sehingga hari ini Azmin tidak memberi sebarang penjelasan.
Beliau hairan bagaimana Azmin mampu memiliki nombor pendaftaran 'panas' berkenaan sedangkan Ahli Parlimen Gombak itu hanya seorang pegawai kerajaan ketika mula menggunakannya. - Seterusnya...
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.