Selasa, Jun 12, 2012


Mungkin beginilah keadaannya dalam sesi ceramah yang diadakan oleh Si Ketua Penipu tu baru - baru ni di Kajang. Habis semuanya gelak tak ingat dunia.

Mana tidaknya, Si Ketua Penipu tu buat sekian kalinya telah membuat lawak antarabangsa dihadapan penyokong - penyokongnya sendiri.

Pada Ahad lepas, Si Ketua Penipu tu masih juga tidak serik mendendangkan janji pendidikan percuma, tentu saja ramai yang ketawa berdekah mendengar propaganda tersebut.


Dalam ceramahnya di Stadium Kajang itu, katanya pakatan pembangkang optimis untuk menyediakan pendidikan percuma dan PTPTN tetap akan dimansuhkan.


Menurutnya, dengan cuma RM5 bilion setahun tanggungan untuk pendidikan percuma, bukan satu masalah kerana kos itu nanti boleh diambil dari hasil keuntungan jualan minyak negara yang berjumlah RM80 bilion.


Nampak mudah dan ringkas penyelesaiannya, seolah-olah segala hasil minyak itu akan kekal selamanya manakala sektor lain seperti kesihatan, pertahanan, pengurusan, bayaran pencen, kos subsidi dan lain-lain tidak memerlukan perbelanjaan.


Pada minggu lepas, kita dipertontonkan dengan aksi kalut malut menyelubungi kem pakatan pembangkang gara-gara pembekuan sementara pinjaman PTPTN kepada UNISEL.


Paling penting, dalam tempoh pembekuan sementara itu kita berpeluang melihat model pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini berkonsepkan 'gadai dan jual'.


Penyelesaian mudah ala korporat keparat yang jika menjadi budaya dalam urus tadbir kerajaan tentunya bakal melingkupkan semua harta benda rakyat, negeri dan negara.


Itu baru melibatkan keperluan menanggung sebuah IPT yang jumlah pelajar terlibat pula cuma hanya dalam lingkungan 1000 orang sahaja.


Jika semuanya mengambil pengajian ijazah, bermakna sejumlah RM7 juta setahun sahaja diperlukan untuk menampung seribu orang pelajar tersebut.


Tapi dek kerana ura-ura menyediakan pendidikan percuma hanyalah propaganda politik semata-mata, mereka hilang punca untuk mempraktikkan janji tersebut. 


Yang terlintas di kepala mereka jual dan gadai tanah. RM5 bilion seakan dipandang sebelah mata oleh Anwar tapi RM7 juta setahun untuk UNISEL pun sampai timbul ura-ura bergolok gadai tanah. Haru.


Bagaimana angka sekecil RM7 juta setahun pun tidak mampu ditanggung sedangkan kantung kerajaan negeri memiliki aliran tunai sebanyak RM1.8 bilion?


Bukankkah lawak namanya bila begitu yakin Si Ketua Penipu tu mahu menyelesaikan kos tanggungan yang lebih besar sehingga mencecah RM berbilion setahun?


Tidak syak lagi dengan sikapnya yang bermuka tebal dan gemar menabur janji tanpa mengukur baju di badan sendiri, Anwar layak digelar sebagai pelawak politik tanahair!!!


Barangkali untuk sekurang-kurangnya 100 tahun akan mendatang, Si Ketua Penipu tu akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pelawak politik paling tersohor yang sukar dicari ganti.  Dah nama pun Ketua Penipu, apa lagi yang dia mampu buat!!!
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Sapa nak komen, komen la ye...
    setiap komen adalah tanggunjawab masing - masing.
    Terima kasih kerana membaca... :)

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping