Sabtu, Jun 30, 2012


Halamak!!! Apa nak jadi dengan dunia artis zaman sekarang ni? Dah tak de kerja lain ke yang diorang nak buat sampai terpaksa buat kerja macam tu?

Jangan cepat sangat gempar. Ini hanya untuk tujuan lakonan sahaja. Bukannya artis tu betul - betul nak jadi Pelacur. Dia cuma nak mendalami watak sebagai seorang pelacur sahaja.

Jadi, itu hanya untuk dunia lakonan sahaja. Tapi, kalau dalam dunia nyata ni, ada jugak artis yang buat kerja haram jadah tu. 

Tinggal lagi, diorang tak melacurkan diri. Sebaliknya diorang lacurkan agama!!! Kononnya, kata diorang, parti yang diorang masuk tu bagus sebab memperjuangkan agama.

Perjuangkan agama menda jadahnya kalau dalam setiap ceramah yang dibuat dok maki hamun orang lain!!! Dalam Islam pun tak ajar kerja dok mencaci orang tak tentu arah ni. Macam la parti yang dia masuk tu dok bagi dia makan pun!!!
TIDAK sampai dua tahun berlakon, nama Shima Anuar sudah mula menjadi perhatian ramai pengarah dan peminat. Lakonannya dalam filem 7 Petala Cinta terbitan MIG Production awal tahun ini misalnya, mendapat perhatian ramai.

Walaupun berpurdah dan hanya menampakkan mata sahaja, tetapi lakonan Shima dalam filem bertema keislaman itu menyentuh hati para penonton.

Tidak cukup dengan satu genre, pelakon berusia 21 tahun itu melebarkan lagi bakat menerusi filem terbaru berjudul 2 Kalimah.

Filem cinta arahan Eyra Rahman itu yang kini sedang menjalani penggambaran di Kemaman, Terengganu merupakan cabaran terbaru buat Shima. Kali ini dia bukan lagi melakonkan watak wanita alim seperti dalam filem 7 Petala Cinta.

Sebaliknya, pelakon asal Rawang, Selangor itu melakonkan watak yang kontra dalam filem 2 Kalimah iaitu menerusi watak Maria yang merupakan seorang pelacur.

Menurut Shima, filem ketujuh lakonannya itu paling mencabar berbanding sebelumnya kerana ia memerlukan penghayatan dan kajian yang terperinci.

"Dalam filem-filem sebelum ini, saya hanya sekadar membaca skrip dan cuba menghayati watak-watak lakonan saya kerana ia tidak berapa susah untuk dibayangkan. 

"Tetapi untuk melakonkan watak Maria dalam filem 2 Kalimah ini, saya terpaksa melakukan sesuatu agar lebih faham dan dapat menghayati watak seorang pelacur yang cuba digambarkan oleh Eyra.

"Untuk itu, saya ada juga cuba meninjau-ninjau suasana di kawasan yang dikatakan menjadi tempat pelacur seperti di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. 

"Saya mahu tengok bagaimana gelagat mereka bagi menghayati watak Maria dalam filem ini. Saya dapati watak ini sangat mencabar di mana ia berbeza dengan filem 7 Petala Cintatermasuklah daripada segi penghayatan dan berpakaian.

"Dalam 2 Kalimah contohnya, saya lebih banyak memakai skirt pendek dengan kasut bertumit tinggi bagi menyesuaikan dengan watak Maria. 

"Ia berbeza dengan lakonan saya dalam 7 Petala Cinta yang mana dari mula hingga akhir saya berpurdah," katanya kepada Hits sewaktu ditemui selepas pelancaran penggambaran 2 Kalimah di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping