Pasukan pilihan pertama, Belanda hari ini pulang dengan kekecewaan selepas mereka tewas kepada Portugal 2-1 bagi saingan Piala Euro 2012.
Mereka yang memulakan saingan kumpulan B dengan kejutan tewas kepada Denmark terus diburu kekalahan walaupun mendahului 1-0 seawal separuh masa pertama.
Gol jaringan Van der Vaart hanya kekal beberapa minit sebelum ianya disamakan semula oleh Cristiano Ronaldo pada minit ke 29.
Separuh masa kedua menyaksikan serangan dari pasukan Belanda, namun serangan balas Portugal meranapkan impian mereka untuk terus mara ke suku akhir hasil jaringan Ronaldo.
Manakala dalam satu lagi saingan kumpulan B, Jerman mendahului Denmark 2-1. Jerman membuka jaringan pada minit ke 19 hasil tendangan Lucas Podolski.
Denmark kemudiannya menyamakan kedudukan melalui hasil jaringan Michael Krohn Delhi pada minit ke 24.
Namun, jaringan penyudah Lars Bender dari pasukan Jerman berjaya dihasilkan 10 minit sebelum separuh masa kedua tamat.
Jerman akan bertemu dengan Greece bagi saingan suku akhir dan Portugal pula akan berhadapan dengan Rep Czech.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.