Jelas, tindakan Si Din Pudu ni hanya semata - mata mahu mengalih isu semata - mata. Mereka sedar, kenyataan sebelum ini telah banyak memakan diri.
Bukan setakat rakyat Malaysia je yang anggap saranan diorang ni sebagai satu saranan orang Gila dan bertentangan dengan Islam. Malah ahli PAS sendiri pun menentangnya.
Jadi, mungkin disebabkan itulah Si Din Pudu ni terpaksa buat 'U-Turn' dan ubah isu yang sedang hangat diperkatakan hari ini iaitu tangguh Haji untuk menghadapi PRU.
Kata Si Din Pudu, isunya bukan soal tangguh Haji tapi Pilihan Raya pada musim Haji. Dia kata pihak Kerajaan BN didakwa akan mengadakan PRU dalam musim Haji.
"Pilihan raya nampak macam tak jadi. Kalau tak bubar minggu depan, ramalannya diadakan lepas hari raya puasa, musim pergi haji.
"Pergi haji atau tidak bukan isunya. Isunya adalah jangan susah rakyat, (kerajaan) jangan buat pada musim haji," katanya kepada kira-kira 300 hadirin dalam majlis hi-tea di Bukit Pasir, dalam DUN Jorak, Pagoh.
Eh! Siapa yang timbulkan isu tu sebenarnya kalau bukan PAS? Siapa yang buat dakwaan mengatakan Kerajaan nak buat PRU dalam musim Haji ni? Kerajaan ada cakap ke?
Ada PM buat pengumuman kat mana - mana media? Ada PM sebut dalam mana - mana ucapan yang membuatkan Si Din Pudu boleh bagi alasan seperti tu?
Sebenarnya, puak - puak Pakatan Pembangkang tu je yang dok sibuk nak sangat Pilihan Raya diadakan secepat mungkin. Diorang yang buat dakwaan yang bukan - bukan.
Hakikatnya, puak - puak Pakatan Pembangkang ni masing - masing dah ketar lutut nak menghadapi PRU. Semua jelas takut kalah teruk!!!
Paling tidak pun, diorang dah mula terbayang - bayang jawatan apa yang akan dipegang kelak KALAU diorang berjaya merampas Putrajaya. Kepala dah ketar nak pegang jawatan.
Itu pasal la diorang buat dakwaan yang macam - macam. Dah macam orang takut dengan bayang - bayang sendiri pulak dah gayanya. Tak sabar sangat dah ke?
Tapi, nak buat macam mana. Itulah hakikatnya. Kerajaan tak de pulak sibuk - sibuk nak cerita pasal Pilihan Raya ni. Yang Kerajaan sibuk dok menjaga rakyat. Bagi perkhidmatan.
Bukannya macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Sibuk dok berceramah ke hulu ke hilir, buat dakwaan yang bukan - bukan dan tabur fitnah tak tentu arah. Itu je la yang diorang tau buat pun!!! Bukannya diorang nak jaga rakyat sangat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.