Jumaat, Jun 08, 2012


Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa isu scorpene adalah isu paling hebat yang boleh dimainkan oleh pembangkang dalam menuju pilihanraya yang akan datang.

Dalam kebanyakan isu-isu lain, pembangkang begitu mudah terkantoi atau tertembak kaki sendiri kerana terlalu mudah untuk dipatahkan.   

Tetapi, apabila sesuatu isu membabitkan angka dan juga pihak luar negara seperti pembelian kapal selam scorpene dari Perancis, ia akan lebih mudah untuk dimanipulasi untuk mengelirukan rakyat.

Alasan seperti bukti tidak boleh dikemukakan kerana berada di tangan mahkamah Perancis memudahkan pembangkang mempermainkan rakyat.   

Justeru, segala tuduhan dibuat sewenang-wenang oleh mereka tanpa perlu membuktikan apa-apa.  

Memetik kata-kata Cynthia Gabriel, Penyelaras SUARAM sebelum ini, beliau menyatakan, “Kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”   

Jelas, jumlah yang menjadi pertikaian ialah EURO 114 juta dalam transaksi pembelian kapal selam ini.  

Tetapi, apabila pihak kerajaan menjustifikasi jumlah itu sebagai bayaran untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan kepada syarikat Perimekar, SUARAM tiba-tiba menukar angkanya.   

Kini, angka yang disebut sebagai rasuah bukan lagi EURO 114.96 juta atau RM410.27 juta tetapi USD 1 bilion atau RM3.8 billion pula.  

Menurut SUARAM, mereka mempunyai bukti bahawa Dato’ Seri Najib, pada ketika itu Menteri Pertahanan, ada meminta jumlah tersebut untuk dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai komisyen.  

Adalah penting untuk kita memberi perhatian kepada angka-angka yang disebut di sini kerana tidak mustahil pihak SUARAM dan pembangkang akan menukarnya sekali lagi apabila terkantoi. 

Perlu diingatkan bahawa nilai keseluruhan kontrak ialah EURO 1.084 billion atau RM3.87 billion.  Ia merangkumi harga 2 kapal selam scorpene termasuk pakej Integrated Logistic Support dan latihan krew bernilai EURO 969.15 juta.  

Selebihnya EURO114.96 juta ialah bayaran kepada Perimekar untuk khidmat penyelenggaraan, koordinasi dan sokongan.  

Kesemua dokumen jual beli dan penerimaan wang dibuat secara mengikut prosedur dan boleh dikemukakan sebagai bukti.  

Jika benar Dato’ Seri Najib ada meminta sebanyak RM3.8 billion bermakna kapal selam tersebut telah diberikan secara percuma kepada Malaysia.  

Ini kerana mengikut nilai tukaran matawang pada ketika kontrak tersebut dimeterai iaitu 5 Jun 2002, adalah seperti berikut:  USD 1 bill = EURO 1.06 bill = RM3.80 bill.  

Memandangkan keseluruhan bayaran kontrak berjumlah EURO1.08 billion sahaja, maka keseluruhan bayaran yang dibuat tersebut adalah berupa rasuah dan urusan jualbeli kapal selam hanyalah ilusi semata-mata. 

Nampak benar SUARAM hanya bermain-main dengan angka untuk mengelirukan rakyat yang mungkin kurang berminat untuk menghalusi fakta dan angka.   

Sudah sampai masanya rakyat Malaysia membuka mata dan memperincikan segala maklumat yang diterima agar tidak mudah dipermainkan oleh pihak-pihak yang ingin melemahkan kerajaan semata-mata untuk mencapai matlamat mereka untuk berkuasa.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. nampak sangat SUARAM DAN PR nak memperbodoh bodohkan rakyat negara ni.dia anggap rakyat m'sia macam tak tau membaca'mengira dan buta politik.bolih dikelentongkan.SYABAS DIUCAPKAN KEPADA SEMUT KERANA MEMBONGKARKAN PEMBOHONGAN MEREKA BERDUA NI.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping