Setakat ni, mungkin semua orang belum tahu bahawa PKR di Pahang ni memang tidak mempunyai hubungan yang baik dengan PAS dan DAPigs.
PKR Pahang dilihat sering dipinggirkan dalam apa jua agenda atau isu yang dibangkitkan dan sentiasa ketinggalan dibelakang. Kenapa ianya berlaku?
Jawapannya sudah dijelaskan oleh Ahli Parlimen PKR Indera Mahkota sendiri sewaktu dia meletakkan jawatan Timbalan Pengerusi tidak lama dahulu.
Maka disebabkan itulah PKR Pahang dianggap lesu dan layu. Malah, kewujudan mereka lansung tidak dapat dirasai seolah - olah mereka lansung tidak wujud.
Mungkin disebabkan itulah, maka Si Pak Berahim selaku Pesuruhjaya Tinggi PAS Pahang ingin mengambil kembali kerusi PAS yang diberikan kepada PKR dalam PRU yang lalu.
Kalau dibagi pada PKR pun untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang, dah gerenti mereka akan tewas dengan majoriti yang cukup memalukan.
Sekurang - kurangnya, bagi Pak Berahim, jika PAS yang bertanding dikerusi tu semula, kemungkinan mereka dapat mengurangkan majoritinya.
Tapi, itu hanya khayalan Pak Berahim semata - mata. Hakikatnya, PAS pun belum tentu dapat meraih sokongan rakyat dikawasan Pekan. Apatah lagi nak dapat undi.
Namun, kenyataan Pak Berahim tu jelas telah mengguris hati Si Fauzi Pendek dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak wajar.
Bagi Fauzi, Pak Berahim tidak sepatutnya memaklumkan perkara seperti itu didalam akhbar media perdana seperti Sinar Harian. Ianya perlu dibincang terlebih dahulu.
Malah, Si Fauzi Pendek tu kata, Pak Berahim juga sudah tersalah anggap. Kerusi Parlimen Pekan bukan 'Kerusi Pinjam'. Sebaliknya, ia memang kerusi PKR.
"Kalau nak (kerusi Parlimen Pekan) tak perlu beritahu orang ramai, bincang dengan PKR Pahang sahaja. Mengapa perlu buat kenyataan terbuka?
"Kita akan mengadakan mesyuarat dengan Pakatan Rakyat (PR) pada Rabu ini dan agenda pembahagian kerusi ada dalam mesyuarat itu. Kita tiada masalah dengan PAS dan DAP. Tiada istilah kerusi pinjam bagi PKR Pahang." - Sumber
Nah!!! Disitu sudah nampak konflik diantara PAS dan PKR ni sebenarnya. Mereka jelas tidak sepakat lansung dalam urusan pembahagian kerusi.
Tambahan pulak, sejak bila PKR mula mendapat tempat di Pahang ni jika tanpa bantuan dari jentera - jentera PAS sendiri? Jentera PAS lah yang banyak membantu mereka.
Jadi, persoalan siapa punya kerusi untuk Parlimen Pekan tu tak sepatutnya timbul kerana ianya jelas kerusi PAS dan bukan PKR. Sejak dulu lagi, PAS bertanding di Pekan.
Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah jenis orang PKR ni memang jenis manusia yang tak sedar diri. Apa saja barang orang, diorang akan anggap diorang yang punya. Baru setahun jagung kat Pahang, dah berlagak tak tentu arah!!! Macam sial!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.