Jumaat, Jun 08, 2012

Mengakui namanya agak kurang dikenali sebelum ini, Anzalna menafikan ia berlaku kerana dibayangi kedua-dua orang rakannya itu yang terlebih dahulu dikenali ramai. 
Sebaliknya, ia berpunca daripada watak yang selalu dibawanya dalam beberapa drama lakonannya sebelum ini.
"Saya akui selama ini saya jarang mengambil tawaran berlakon yang memerlukan saya membawakan watak utama, biarpun tawaran sebegitu memang banyak saya terima. Ketika awal kemunculan saya dahulu dalam bidang ini, saya lebih gemar membawakan watak pembantu atau antagonis.
"Mungkin itu yang menyebabkan penglibatan saya dalam dunia lakonan kurang disedari ramai. Namun, dengan segala pengalaman yang diperoleh sepanjang hampir setahun bergelar pelakon, kini saya sudah bersedia sekiranya ditawarkan memegang watak utama," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Indera Joned baru-baru ini.
Ketika ditanya apa yang menyebabkan dia bersedia untuk memegang watak utama, pelakon yang berasal dari Kuala Lumpur itu menjelaskan kini dia sudah mempunyai keyakinan yang cukup tinggi berbanding ketika mula-mula bergelar pelakon dahulu.
Ujarnya, sebelum ini dia tidak mempunyai tahap keyakinan yang cukup tinggi dan pengalaman yang cukup luas untuk menerima tawaran memegang watak utama serta tidak mahu menyusahkan mana-mana pihak terutama sekali penerbit atau pengarah.
"Saya percaya tanpa adanya keyakinan pasti saya tidak mampu untuk memberikan yang terbaik. Jadi, langkah paling tepat yang saya lakukan adalah dengan menerima watak pembantu sahaja terlebih dahulu bagi menimba seberapa banyak pengalaman dalam bidang ini.
"Berbekalkan pengalaman yang diperoleh sepanjang bergelar pelakon selama hampir setahun, kini saya mula mendapat keyakinan dan sudah tiba masanya untuk berhadapan dengan cabaran yang lebih besar lagi agar kerjaya lakonan saya semakin berkembang," ujarnya.
Sebagai langkah permulaan, pelakon berkenaan berkata dia bersetuju menerima tawaran untuk memegang watak utama dalam drama bersiri Indera Joned yang sudah mula bersiaran sejak 21 Mei lalu pada pukul 9 malam setiap hari Isnin di TV3.
Menurut Anzalna, dalam drama tersebut dia memegang watak utama sebagai Dr. Sara, seorang pensyarah yang sering melakukan kajian terhadap artifak lama dan mengakui watak yang dibawakan itu agak berbeza dengan drama lakonannya sebelum ini.

"Pada mulanya saya agak berbelah bahagi sama ada mahu menerima atau menolak tawaran untuk berlakon dalam drama ini, tetapi apabila difikirkan kembali sampai bila saya perlu tolak setiap tawaran yang menawarkan saya memegang watak utama.
"Bagaimanapun, saya tetap bersyukur dengan kepercayaan yang diberikan oleh pengarah, Fairuz Loy untuk membawakan peranan sebagai Dr. Sara. Sekarang ini perasaan saya memang cukup berdebar untuk menunggu reaksi daripada penonton terhadap drama ini," ujarnya.
Selain Anzalna, drama pengembaraan 'Indiana Jones' versi komedi itu menampilkan pelakon-pelakon seperti Aiman Hakim Redza (Epul), Puteri Sarah (Rina), Hairul Azreen (Aiman), Syazwan Zulkifli (Izzi), Qushairi Razali (Jaafar Ringgo) dan Idris Md. Diah (Prof. Dr. Azli).
Categories:

1 ulasan:

  1. Salam perjuangan, sila pautkan Rezab ke blog tuan, Bilarentap sudah dipautkan. TQ
    http://bilarentapbangkit.blogspot.com/

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping