Jumaat, Jun 08, 2012


Tindakan Si Khalid Gagap ni hanya membuktikan bahawa mereka memang tidak mampu untuk menunaikan janji untuk memberikan pendidikan percuma.

Walaupun percubaan telah dibuat, mereka masih lagi GAGAL melaksanakan perkara tersebut di bawah Negeri yang mereka perintah.

Persoalannya mudah. Kenapa pula mereka nak mencairkan aset untuk membantu pelajar baru menyambung pelajaran mereka di UNISEL? 

Kenapa mereka tak bagi je diorang belajar secara percuma? Apakah itu pun mereka tak mampu nak lakukan sedangkan UNISEL ni Universiti Negeri?

Hak untuk menghapuskan yuran dan memberi pendidikan percuma adalah hak Kerajaan Negeri. Jadi, kenapa tidak Kerajaan Negeri ambik tindakan tersebut?

Kan pelik tu? Bukankah itu tujuan mereka membuat tuntutan tersebut sebelum ini? Diorang mintak supaya yuran pengajian ni dihapuskan. Jadi, kenapa itu pun diorang tak boleh buat?

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Khalid semalam, dia kata pihaknya akan mencairkan aset yang dianggarkan sebanyak RM 30juta bagi tujuan tersebut.
“...Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar- pelajar..."
Sebahagian dari pencairan itu akan digunakan untuk membantu pelajar. Bagaimana pulak dengan sebahagian yang lain? Apa pulak yang dia nak gunakan untuk bahagian tersebut?

Memang cukup jelas yang Pembangkang sudah terkena peluru mereka sendiri. Tapi itu pun diorang masih tidak mahu untuk mengakuinya. 

Sebaliknya, diorang terus menyalahkan orang lain yang menjadi penyebab. Macam Semut katakan semalam, Jangan kunyah apa yang kita tak mampu nal telan. Sekarang, Lu Telan La Sendiri!!! Jangan nak salahkan orang pulak!!!
Categories: , , ,

6 ulasan:

  1. paling kurang pun diorg berusaha dapat tempoh memerintah berbanding dah 50an memerintah.

    BalasPadam
  2. Think before speak

    BalasPadam
  3. Kesian kawan2 saya yang baru masuk UNISEL. Apalah khabar korang?. Gajah sama gajah bertempur, korang tersepit kat tengah-tengah. Cari IPT lainlah nampaknya.

    Student Uitm

    BalasPadam
  4. Kpd bakal pelajar UNISEL,kalau PKR x mampu nak bagi percuma cari je universiti lain atau:
    buat permohonan:
    IKM,ILP,IKBN,dll cari kemahiran disana,memang sah dapat belajar percuma,dan berkemahiran.

    BalasPadam
  5. Mmg pn,ada je tmpt yg kerajaan bg blajar free,xpn yuran dia sgtla xmbebankn,institut kemahiran,blambk blh blaja free.

    BalasPadam
  6. IKM,ILP,IKBN <-- ada Bachelors Degree ke?

    Yang komen ni belajar sampai universiti ke?

    Pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan. Kalau nak suruh negeri tanggung, boleh je tanggung semua tapi Federal jangan kutip cukai le, bagi kuasa kutip cukai kat negeri.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping