La!!! Tak habis lagi meroyannya Si Fuziah Thoron ni rupanya ye? Masih lagi tak kebah dari disampuk dalam sidang Parlimen tadi?
Kalau tadi, dia setakat kena sampuk biasa. Tapi kali ni, dia disampuk pulak dek Jin dari Hulu Langat yang pernah menghantui hidup dia dulu.
Sejurus selepas PSC berkaitan dengan Lynas dibentangkan petang tadi, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli menyatakan yang dia cukup bersetuju dengan laporan tu.
Kata dia, laporan tersebut merangkumi semua aspek termasuk mengutip pandangan dan masalah rakyat yang terkandung dalam laporan yang dibentangkan.
Klik Kat Sini... KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Hulu Langat daripada PAS, Dr Che Rosli Che Mat yang juga seorang pakar nuklear sekali lagi menjelaskan bahawa tahap radiasi projek kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Pahang adalah di tahap yang rendah.
Che Rosli berkata beliau berpuas hati dengan pembentangan Laporan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Mengenai Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Dewan Rakyat hari ini."Saya berpuas hati dengan pembentangan ini sebab jawatankuasa ini mengutip pandangan dan masalah masyarakat. Sebagai contoh kalau kita baca laporan di muka surat 17 dan 18 di dalam laporan itu memang betul."Itu bagus dan saya setuju. Tahap daripada segi radiasi memang rendah, itu saya tahu sebab saya sendiri yang mengukur (tahap radiasi). Perkara lain saya tidak berani komen... saya tidak berani sebut sama ada Lynas selamat atau tidak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Tapi, yang herannya, kenapa pulak puak - puak PAS ni masih tetap berdegil nak buat bantahan di Balok hari Sabtu dan Ahad ni? Memang diorang ni dah tak de kerja ke?
Tambahan pulak, dalam himpunan bantahan tu nanti diorang jemput Si Mat Syabun tu jadi penceramah. Apa yang Si Mat Syabun tu tau tentang bahan kimia?
Sejak bila pulak dia belajar dalam bab tersebut? Bayangkan. Kalau pemimpin yang ada kepakaran dalam bidang kimia, diorang tak boleh percaya. Tapi, Mat Syabun boleh pulak?
Tapi, nak buat macam mana. Diorang lagi sanggup dengar cakap orang yang lansung tak tau apa - apa mengenai perkara tersebut demi untuk meraih sokongan dan undi semata - mata.
Pejuang Islam menda kejadahnya kalau macam tu!!! Kalau dah amanat Presiden sendiri pun diorang boleh langgar, inikan pulak nak tunaikan janji - janji yang diorang buat sendiri!!! Lagi la tak boleh pakainya!!! Buat mengabihkan masa je!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.