Hah!!! Ni apa cerita pulak ni? Siapa pulak lelaki Kristian yang dimaksudkan tu? Siap ada cerita ludah - ludah ni, apa hal? Lain macam pulak ceritanya.
Hari ini, sahabat blogger Semut telah membuat satu pendedahan menarik mengenai Si Nurul Izzah. Pendedahan tu juga ada kaitan dengan Si Biawak Guan Eng.
Siapa yang tak tau Si Biawak tu beragama Kristian? Nama kristian dia ialah Joseph. Jadi, meh baca apa kaitannya Si Biawak Joseph Guan Eng ni dengan Si Nurul Izzah tu. Lepas tu, macam biasa la. Korang fikir la sendiri!!!
Selama ni LGE & DAP sering merengek & merintih, kononnya Kerajaan Pusat meminggirkan mereka. Peruntukan yang diterima kononnya terlalu kecil sedangkan kutipan cukai dari Pulau Pinang adalah tinggi. LGE juga sering mendabik dada kononnya pentadbiran Pulau Pinang di bawah DAP sangat baik.
Ye ke? Semalam Dato’ Raja Nong Chik menempelak aksi Guan Eng yang cuba mencari publisiti murah itu.
Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Dato Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membidas pentadbiran Pulau Pinang kerana gagal melaksanakan kerja penyelenggaraan rumah rakyat di negeri itu sehingga terpaksa memohon bantuan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia (TP1M).
Beliau berkata sejak TP1M diperluaskan dua minggu lepas, TP1M telah menerima 64 permohonan dari seluruh negara termasuk dari Pulau Pinang.22 permohonan diterima dari Pulau Pinang, lebih 1/3 dari keseluruhan permohonan. 3 dari 22 permohonan tersebut adalah dari Permatang Pauh, kawasan Anwar Ibrahim. Jumlah peruntukan yang dipohon? Lebih RM11 juta.
Jadi, kalau sebahagian besar peruntukan TP1M diberi ke Pulau Pinang, macam mana LGE & DAP boleh kata Kerajaan Pusat meminggirkan mereka dari aspek bantuan & peruntukan kewangan?
Raja Nong Chik juga berkata pembangkang sering menuduh negeri di bawah Barisan Nasional mempunyai budaya pentadbiran tidak cekap, namun permohonan bagi sejumlah peruntukan yang besar dari Pulau Pinang itu membuktikan kerajaan pimpinan DAP itu gagal menjaga kawasannya sendiri.
"Kalau dia (pembangkang) kata kerajaan negeri pimpinan mereka begitu baik, permohonan macam ini tidak akan datang," katanya kepada pemberita.
Dan yang paling lawak, skim ini yang dahulunya dikutuk habis-habisan oleh Nurul Izzah, kini telah ditiru oleh Kerajaan Pakatan Selangor di bawah nama Skim Ceria Kerajaan Negeri. Alamak Nurul, dulu berbuih-buih mulut kau kutuk skim ni, habis tu, kalau skim ni tak bagus, kenapa Kerajaan Selangor yang kau agung-agungkan tu tiru skim ni?
Apa rasanya bila kena jilat balik ludah sendiri, Nurul? Sedap tak? Boleh la kongsi sekali dengan Guan Eng ya? - Sumber
ASKAR UPAHAN UMNO...harap sempat bertaubat....kalau saya salah minta maaf siap2...
BalasPadam