Satu kenyataan yang memang jelas tidak dapat diterima oleh puak - puak Penyokong PAS ialah apabila ada para Ulama yang lagi tinggi ilmunya dari Si Nik Aziz tu menyokong Kerajaan.
Jika perkara seumpama itu berlaku, mereka akan keluarkan kenyataan dan melabel ulama tersebut sebagai 'Ulama Boneka UMNO'. Dan memang itu yang selalu mereka lakukan.
Tapi, itu kalau dengan ulama dari dalam Negara. Kalau alim ulama tu datang dari luar, macam mana pulak? Adakah ulama ini juga akan dilabelkan sebagai Boneka UMNO?
Nah!!! Sekarang, seorang Mursyidul AM yang datang dari Negara Mesir telah mengeluarkan kenyataan yang memalukan puak - puak Pakatan tu. Adakah mereka sanggup terima?
Sedar la. Dalam dunia ni, bukan hanya ada seorang je Mursyidul Am yang boleh keluarkan fatwa ikut suka hati dia. Ada lagi orang lain yang lebih tinggi ilmunya. Jadi, tak payah la pengikut - pengikut PAS tu nak berlagak sangat!!!
KUALA LUMPUR - Umat Islam wajib menunaikan ibadat haji dan perlu mengutamakan Rukun Islam kelima itu jika berkemampuan.
Justeru, kata bekas Timbalan Syeikhul Universiti Al-Azhar, Mesir, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour, umat Islam tidak perlu menangguhkan pelaksanaan ibadat haji semata-mata untuk menyertai pilihan raya umum sekiranya ia dijalankan serentak pada musim itu.
Kata beliau, kerajaan juga tidak mempunyai halangan untuk mengadakan pilihan raya pada musim haji kerana jumlah rakyat beragama Islam yang menunaikan ibadat tersebut adalah kecil.
"Mengerjakan haji sudah menjadi wajib ke atas sesiapa yang mampu maka, dia perlu pergi haji.
"Perjalanan pilihan raya tidak akan terhalang hanya kerana sejumlah kecil yang pergi haji, jadi tidak perlu tangguh atas alasan untuk menyertai pilihan raya. Dalam hal ini, orang Islam perlu membuat pertimbangan sewajarnya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta selepas membentangkan kertas kerja bertajuk Fiqh Mentaati Pemimpin: Cabaran Semasa Pemerintahaan Islam pada Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.
mereka yang mengutamakan hukum islam yang kelima ini jika sudah cukup syaratnya mereka tetap akan pergi kerana demi AKHIRAT.mereka yang sanggup menanggohkan pergi menunaikan ibadah haji kerana atas sebab urusan PRU mereka ini mementingkan KEDUNIAAN dari AKHIRAT.MASYA'ALLAH aku rasa mereka ni semua tahu apa HUKUMNYA.
BalasPadamMereka mereka yang mengatakan ibadah haji boleh ditangguh kerana PRU mereka ini pengamal agama sesat.
BalasPadam