Isnin, Jun 18, 2012


ARTIS Baru Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2011), Tasha Shilla, 25, tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang - undang terhadap pelakon dan pengacara, Neelofa meskipun ada unsur fitnah yang dilemparkan terhadapnya apabila Neelofa menghiris perasaannya seperti kenyataan disiarkan dalam sebuah majalah hiburan, baru - baru ini.

Bagi Tasha, beberapa kenyataan Neelofa dalam majalah terbabit yang menghina dirinya memang menggambarkan sikap Neelofa yang busuk hati seperti yang diluahkan Tasha dalam B*POP pada 27 Mei. 

Namun pelakon yang menyerlah lakonannya menerusi drama Gemilang  dan Atas Nama Cinta itu tidak mahu memanjangkan isu berkenaan hingga ke peringkat mahkamah.

Tasha ketika dihubungi Khamis lalu menjelaskan, dia tidak suka mencari masalah dengan sesiapa mahupun menyaman mana - mana pihak kerana selagi dia mampu bersabar, dia akan terus bersabar.

"Industri hiburan kita ni kecil saja, sekiranya membabitkan sebarang tindakan perundangan, ia akan menyulitkan kerja kita pada masa akan datang. Saya tidak berniat nak ambik tindakan undang - undang ke atasnya.

"Saya juga tidak mahu menyimpan perasaan dengki mahupun busuk hati kepada individu lain. Saya sudah memberikan kenyataan kepada B*POP terbutan 27 Mei lalu dan itu adalah kenyataan terakhir saya.

"Jadi, saya tidak mahu mengulas apa - apa lagi," katanya mengakui tidak pernah terfikir mahupun bercadang untuk mengambil tindakan saman ke atas aktres, pengacara dan jurucakap produk terkenal itu.

Tasha berkata demikian sebagai mengulas tindakan Neelofa yang menghantar notis tuntutan kepada Anzalna mengenai kenyataan Anzalna yang membidas sikap Neelofa seperti yang disiarkan B*POP, Ahad lalu.

"Saya tidak mahu masuk campur mengenai perbalahan yang berlaku antara Neelofa dengan Anzalna. 

"Bagaimanapun, saya berharap mereka berdua dapat menyelesaikan masalah mereka secara aman, tak perlu nak diperbesar - besarkan sampai ke peringkat mahkamah," katanya.
Categories:

5 ulasan:

  1. bukan nak cakap lah si tasha tu memang beli paper nak menang.apa lofa cakap pasal tasha semua betullll.kami semua setuju dengan lofa.Tasha ni tak de dato J tu taja org x kenal pun dia......Tasha tu x habis habis menipuuuu.kami bukan busuk hati tapi kenyataan.

    BalasPadam
  2. YESSSSSSSSSSS SAYA SETUJU YG DATO J TAJA TASHA.TASHA SHILLA MENANG DISEBABKAN DATO TU BELI PAPER..SUDAH2 LAH TASHA DRAMA MENIPU TU.

    BalasPadam
  3. hahahha... gini ler org kita. org kata itu semua ngikut.. yer je.. ahakss.. bukan nak sokong sapa2 tapi aku rasa aku kenal tasha awal lagik dari neelofa.., tgk tv (drama+movie).. nama neelofa aku kenal pun pasal citer gossip yg kluar.. movie drama dia pun tak penah tgk lagik (itu kenyataan)..hmm camner ekss..

    BalasPadam
  4. tasha mmg lawa dan berlakon bagus dr neelofa.. xpayahla ckp bukan2 pasal tasha.. neelofa tu yg nampak mcm xsenang dgn kejayaan org len.. pity on her.

    lg satu logik ke datuk nak beli suratkhabar selori demi nak bg tasha menang? mengarut sgt2.. xde keje datuk nak buat camtu. fikirla secara logik. even datuk tu buat pun kalau neelofa tu popularity dia jauh kedepan tasha aku rasa neelofa still menang.

    disini aku just tgok si neelofa perasan diri dia lebh popular dan bagus dr tasha. itu yg aku nampak.

    BalasPadam
  5. yg aku dgar si lofa tu bli paper,,,nmpak air muka lofa pn aku dh tahu dia nie jenis tak bleh tgk orng lbih dri dia

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping