SEBAGAI pelakon profesional, Megan Fox lebih senang memberi tumpuan kepada isu kerjaya lakonan setiap kali ditemu bual pihak media.
Sebab itu, dalam banyak sesi temu bual termasuklah dengan stesen televisyen, Fox melalui pegawai medianya selalu memberi garis panduan tentang soalan yang bakal diajukan.
Fox antaranya tidak gemar jika ditanya tentang soalan yang tiada kena mengena dengan kerjaya lakonan.
Dalam satu temu bual baru-baru ini, pelakon Transformers itu seperti naik berang apabila ditanya tentang hal-hal berkaitan ibu mengandung dan cara penjagaan bayi.
Bagi Fox, rasa kurang senang itu berasas kerana ia bukan sahaja tiada kena mengena dengan kerjaya sebagai pelakon tetapi juga tidak sesuai dengan statusnya yang belum bergelar ibu.
Isu itu menjadi bertambah panas apabila rancangan yang disiarkan di sebuah saluran televisyen itu diacara oleh Steve Jones, seorang pengacara yang kurang disenangi ramai.
"Cara Steve mengemudi sesi temu bual itu juga seperti tidak menghormati kehendak Megan. Ini menyebabkan pegawai publisiti meminta pelakon itu mengakhiri temu bual itu dengan segera," ujar sumber.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.