"Huh! Tak Boleh Jadi Ni. Biar Si Khalid Je La Yang Menjawab!!!" |
Mudah, memang cukup mudah. Itu sahaja yang mampu dikatakan mengenai isu yang berlaku dikawasan Kelana Jaya ni sebenarnya.
Sebelum ini, Si Assmin Ali tu dah dimalukan dihadapan penduduk - penduduk kawasan tersebut dalam satu sesi dialog yang telah diadakan.
Isunya ialah berkaitan dengan projek pembangunan diatas padang PKNS yang dianggap sudah menjadi sebahagian dari kehidupan penduduk tempatan.
Mungkin kerana terlalu malu berhadapan dengan isu tersebut dan ternyata Si Assmin GAGAL untuk mencari jalan penyelesaian, dia alihkan lampu sorot kepada Si Khalid Gagap.
Sekarang, Si Assmin tu hanya akan melepaskan tangan dan membiarkan Si Khalid Gagap pulak tergaru kepala nak jawab soalan dari penduduk Kelana Jaya.
Itulah yang berlaku sebenarnya. Akibat kecelaruan yang berlaku didalam parti mereka, rakyat pulak yang terpaksa sengsara. Adakah itu yang mereka katakan sebagai perjuangan demi rakyat? Kepala Tengkorak Dia La!!!
PETALING JAYA – Penduduk Kelana Jaya serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang meneruskan bantahan terhadap cadangan membangunkan padang bola PKNS di sini, mendesak kerajaan negeri Selangor memberi penjelasan terhadap isu dua status pewartaan padang itu yang dilihat saling bercanggah.Penyelaras Barisan Nasional (BN) Seri Setia, Datuk Abdul Halim Samad yang turut bersama kira-kira 200 orang yang mengadakan bantahan itu hari ini berkata Menteri Besar hendaklah memberi penjelasan tentang dua status pewartaan yang berbeza itu dan kemungkinan berlakunya penyelewengan dalam perkara berkenaan.“Kami mahu projek ini dibatalkan sama sekali. Ada yang mencadangkan agar projek itu dipindahkan ke tempat lain agar tidak mengorbankan padang harian kesayangan para penduduk di kawasan ini,” katanya kepada pemberita.Sehubungan itu, beliau menyeru Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Menteri Besar supaya memberikan satu penjelasan sama ada wujud penyelewengan atau tidak terhadap isu berkenaan.Abdul Halim berkata satu laporan polis akan dibuat sekiranya MBPJ dan Menteri Besar gagal memberi penjelasan yang munasabah kepada para penduduk.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.