Siapa tak ingat kisah 16 September yang dicetuskan oleh Si KetuaPenipu tu dulu? Siapa yang akan lupa bahawa itulah kemuncak Pembohongan Besar yang telah dibuatnya.
Bukan setakat masyarakat di Malaysia sahaja yang telah ditipunya. Malah habis satu dunia dia pusing bat cerita kata dia bakal jadi Perdana Menteri selepas 16 September.
Namun, tindakan tersebut sedikit pun tidak menjadi renungan buat Si Ketua Penipu ni dengan konco - konconya. Mereka masih jugak nak memomokkan rakyat.
Tindakan yang dibuat dalam beberapa siri ceramah sebelum ini jelas menunjukkan bahawa Si Ketua Penipu tu sengaja memperbodohkan rakyat Malaysia.
Kata dia, satu perubahan lanskap Politik akan berlaku di Sabah. Satu kejutan besar akan melanda Barisan Nasional. Tapi, akhirnya, satu habuk pun tarak!!!
Dulu dah kantoi menipu, pun dia masih ada hati nak ulang balik benda yang sama? Apa la BODOH sangat Si Ketua Penipu ni ye. Orang lain terantuk, tau tengadah. Tapi dia tidak.
Agaknya kali pertama dia terantuk masa 16 September tu membuatkan dia hilang akal kot. Tu pasal la dia cuba ulang semula tahun ni dengan cerita yang bukan - bukan.
Sudah la Nuar oi!!! Jangan la ingat rakyat Malaysia ni mudah sangat nak kena tipu sampai dua tiga kali. Sekali kena tipu pun orang akan ingat sampai bila - bila. Itu pasal la dia kena bogel lagi hari ni!!! nak sangat menipu kan? Sekarang, Baru Padan Muka Dia!!!
KENINGAU - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat di negara ini supaya menoleh ke belakang untuk menilai rekod lampau ketua pembangkang yang menurutnya melakukan pembohongan besar kepada rakyat pada 16 September 2008.
Beliau berkata ketua pembangkang mendakwa bahawa 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan menyeberang ke parti pembangkang pada tarikh itu, sekali gus mengambil alih kerajaan Persekutuan.
"Pada masa itu satu negara dia bohong. Ini merupakan pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia. Adakah kita maafkan pemimpin yang bohong kepada rakyat...jangan kita mudah lupa sejarah ini," kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pusat Kraftangan Sabah yang berharga RM30 juta di sini, hari ini.
Najib berkata, para pemimpin pembangkang termasuk ketua pembangkang kini datang ke Sabah untuk menabur pelbagai janji untuk meraih sokongan rakyat terutama menjelang pilihan raya.
"Kita (BN) tidak menjanjikan lautan yang luas ataupun langit yang biru tapi janji yang berpijak di atas bumi nyata yang kita boleh tunaikan.
"Saya percaya orang Sabah bijak menilai yang mana permata dan yang mana kaca. Kalau kita menilai pemimpin, kita tidak boleh tengok ke depan sahaja...jangan lupa menoleh ke belakang, sejarah dan rekod lampau dia iaitu bukan sahaja waktu pembangkang tetapi juga waktu dia berkuasa," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.