Sabtu, Jun 16, 2012


DEMI memenuhi harapan ibu bapanya yang mahu Ramona Zam Zam, 22, menjadi insan terpelajar, dia sanggup mengorbankan keinginannya sendiri.

Dia banyak mendapat tawaran untuk melakonkan watak utama, tetapi dengan rela hati terpaksa menolaknya dan minta diberikan watak kecil saja kerana tidak mahu mengganggu jadual pengajiannya di Kolej Segi dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan pada peringkat diploma.

Menurut Ramona, dia tidak kesal jika perjalanannya dalam dunia lakonan agak perlahan jika dibandingkan dengan rakan seangkatannya seperti Anzalna, Neelofa ataupun Izara Aishah kerana dia ada tujuan lain dalam hidupnya selain berlakon.  

Meskipun begitu, dia bersyukur kerana tawaran berlakon selalu ada dan peminat mula mengenalinya. Antara drama lakonannya, Nilapura, Begitukah Cinta, Nora Elena dan Kali Kedua.

Dramanya yang lain bakal disiarkan Tart Untuk Kakak, Tanah Kubur, Cikgu Kemisah Kirby, Chef Cinta dan Jangan Tak Pulang (drama raya). Filem sulung lakonannya pula Sepah The Movie.

“Saya rela ketinggalan daripada mereka kerana saya tak mahu pelajaran saya terjejas. Saya meminati dunia seni sejak kecil, tetapi saya juga perlu menghormati dan memenuhi harapan emak serta ayah.

"Ketika masih bersekolah, mereka tahu saya meminati bidang seni dan tidak pernah menghalang asalkan saya tidak mengabaikan pelajaran.

“Ketika belajar dalam tingkatan dua, saya berlakon dalam filem Castello terbitan Suhan Movies memegang watak bernama Juliet, tetapi selepas itu saya berhenti kerana emak dan ayah mahu saya memberi tumpuan kepada pelajaran terlebih dulu.

"Selepas habis peperiksaan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), barulah saya kembali ke pentas lakonan. Bagaimanapun, selepas diterima masuk ke kolej, saya terpaksa memperlahankan rentak kerana tak mahu kesibukan berlakon mengganggu pengajian.

"Hanya ada satu semester saja lagi dan insya-Allah pengajian akan tamat pada September ini. Saya bercadang untuk menyambung pengajian pada peringkat seterusnya dan ada juga terfikir untuk menimba pengalaman belajar di luar negara.

“Apa yang saya lakukan ini adalah demi masa depan saya kerana sedalam mana pun rasa cinta saya terhadap dunia seni, pasti suatu hari nanti akan bernoktah jua. 

"Dengan adanya pendidikan saya tidak perlu bimbang lagi kerana saya boleh menggunakan ilmu yang ada pada bila-bila masa saya,” katanya.

Published with Blogger-droid v2.0.6
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping