Jumaat, Jun 29, 2012


Wah!!! Bukan main 'back-up' lagi Si Kak Wan Omega kita ni dengan anak buah kesayangan dia ye. Sampaikan tak boleh orang nak usik lansung.

Malah, kasih sayang Kak Wan terhadap Si Minah Muka Berminyak tu lebih dari parti sendiri. Agaknya, Bang Non pun Kak Wan tak sayang sampai macam tu sekali.

Mana tidaknya. Demi Si Minah Muka Berminyak tu, Kak Wan Omega sanggup mengenepikan desakan dan rungutan dari kalangan ahli parti sendiri.

Suara ahli - ahli PKR yang jelas tak puas hati dengan Si Minah Muka Berminyak tu lansung tak dipedulikan dek Kak Wan Omega. 

Dia lebih rela membiarkan ahli parti dia mengamuk dari mengkritik Si Minah Muka Berminyak tu secara terang - terangan. 

Jadi, tak pelik la kalau Kak Wan Omega takkan ambik apa - apa tindakan terhadap Si Faekah tu. Biar la dia hilang ahli seramai mana sekali pun, asalkan Si Minah Muka Berminyak tu tetap setia dengan dia!!! Lagi pun, siapa pulak yang dia nak perkudakan kelak!!!
SHAH ALAM 28 Jun - Pergolakan dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilihat semakin tegang apabila desakan daripada pemimpin dalaman parti itu agar Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin meletakkan jawatan tidak direstui Presiden parti, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Ini apabila Wan Azizah dilihat memberikan sokongan yang kuat kepada Faekah agar terus menjalankan tugas sebagai Setiausaha Politik iaitu sikap sama ditunjukkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mempertahankan pegawai kanan pentadbirannya itu.

Malah, Faekah menyifatkan tindakan pihak tertentu menyebarkan khabar angin beliau akan meletakkan jawatan esok tidak melemahkan semangatnya dan rakan-rakannya di Pejabat Menteri Besar.

Beliau memberitahu, Abdul Khalid masih lagi memberikan kepercayaan kepadanya untuk menjalankan tugas seperti biasa dan soal peletakan jawatan langsung tidak disebut ketika berjumpa Menteri Besar itu semalam, malah beliau diamanahkan dengan lebih banyak tanggungjawab.

"Saya mungkin sedih dengan asakan bertubi-tubi daripada kawan dan lawan, namun ini bukan caranya untuk meminta saya mengundurkan diri.

"Dr. Wan Azizah ada jumpa saya di bangunan Setiausaha Kerajaan negeri hari ini, tetapi bukan untuk meminta saya meletakkan jawatan, sebaliknya menghadiri satu mesyuarat dan beliau turut membawakan saya sarapan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping