Selasa, Jun 19, 2012


Fuh!!! Tersentap sekejap Semut bila dengar cerita ni. Tak pasal - pasal je, dalam waktu sidang Parlimen hari ni ada suara - suara seperti lolongan hantu puaka.

Kalau difikirkan secara logik, mungkin jugak perkara tu boleh berlaku memandangkan bangunan Parlimen tu pun dah lama dan cukup bersejarah.

Tapi, lolongan kali ini bukan datang dari makhluk halus seperti yang biasa kita dengar dalam cerita seram tu. Sebaliknya, ia datang dari Ahli Parlimen PKR Kuantan.

Mana taknya. Laporan PSC berkaitan dengan isu Lynas tu hari ni memberikan 'lampu hijau' buat kilang memproses nadir bumi tu untuk beroperasi.

Jawatankuasa khas tu mencadangkan agar Lesen Sementara atau TOL diberikan kepada syarikat Lynas yang beroperasi di Gebeng buat sementara waktu.

Hah!!! Tak ke melolong dibuat Si Fuziah Thoron tu. Dia bukan main beria - ia sangat nak kilang memproses nadir bumi tu ditutup. Tapi, dah dibagi lampu hijau pulak.

Keputusan ni sudah tentu akan dipergunakan oleh Si Fuziah sebagai modal untuk dia terus berkempen di luar nanti. Nak pulak dalam waktu Pilihan Raya.

Tapi, nak buat macam mana ye tak. Dah nama pun Penipu Rakyat. Kalau tak menipu tak sah bagi diorang ni. Lagi pun, memang itu je kerja yang diorang tau buat pun. Bukannya diorang tau buat kerja lain!!!
Klik Kat Sini
SHAH ALAM - Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengesyorkan agar lesen Kelas A iaitu mengilang peringkat pengendalian sementara (TOL) dikeluarkan supaya projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Kuantan, Pahang dapat beroperasi.

Bagaimanapun PSC menegaskan, di peringkat ini, LAMP perlu mematuhi kesemua syarat-syarat lesen yang lazim dan syarat-syarat tambahan yang telah dikenakan di dalam lesen TOL ini.

"Data yang diperolehi di peringkat ini akan menjadi asas kepada pertimbangan proses perlesenan selanjutnya," kata laporan PSC yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam laporannya, PSC juga berkata, pihaknya berpuas hati bahawa berdasarkan fakta-fakta saintifik, takrifan undang-undang dan maklumat yang diperolehi daripada pakar-pakar, projek LAMP adalah merupakan kilang kimia yang menghasilkan nadir bumi dan bukannya loji nuklear atau aktiviti perlombongan.
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping