Ahad, Jun 17, 2012


Pakatan Pembangkang dok sibuk mengeksploitasikan isu mengenai pembelian kapal selam Scorpene bukan sahaja di dalam negara malah menjajanya di luar negara.

Diorang ni tak de rasa bersalah lansung untuk memburukkan nama baik Negara yang kononnya terbabit dalam amalan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.

Sasaran pembangkang hanya satu iaitu menconteng arang pada muka Datuk Seri Najib dengan harapan rakyat akan marah dan  diorang dapat sokongan undi pada PRU ke 13 nanti.

Untuk menjayakan muslihat ini, mereka sanggup menjadikan Suaram sebagai kuda tunggangan bagi mengaburi mata rakyat dan masyarakat antarabangsa. 

Kalau nak letak nama parti nanti, dah nampak sangat diorang nak mempolitikkan isu tersebut. Jadi, biar je la Aci Suaram ni yang kena balun. Diorang apa - apa hal, cuci tangan.

Tapi, persoalannya, adakah Aci Suaram benar-benar ikhlas membangkitkan isu Scorpene atau sekadar mereka sekadar menjadi Anjing Salakkan Si Ketua Penipu tu sahaja?

Sebenarnya Suaram secara senyap telah menukarkan kulitnya sebagai pejuang hak asasi kepada sebuah cawangan PKR atau lebih spesifik lagi salah satu tali barut Si Ketua Penipu tu.

Jika diikuti isu Scorpene, kerajaan telah bertindak secara pro-aktif sejak zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri lagi.

Ketika itu, Datuk Seri Najib selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan telahpun memberi jawapan rasmi di Parlimen apabila ianya dipertikaikan.

Ini berlaku seawal 6 Mei 2008 lagi di mana Datuk Seri Najib menegaskan rundingan perolehan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi kapal selam Scorpene.

Jelas Datuk Seri Najib, pihak Kementerian dah dapat kelulusan dari semua peringkat serta mematuhi Tatacara Pelaksanaan Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Bahkan segala aspek dan klausa dokumen perjanjian kontrak pembelian peralatan tentera itu juga tidak terlepas daripada penelitian rapi Pejabat Peguam Negara.

Kesimpulannya, tidak mungkin mana-mana aspek kontrak dan urusan pembelian kapal selam Scorpene telah diseleweng atau dipengaruhi oleh kerajaan.

Tujuan pembangkang hanya semata-mata untuk mengeliru dan membakar hati rakyat dengan mereka-reka isu yang palsu dan tidak berasas.

Sebab isu ini gagal pada masa tu, kali ini Si Ketua Penipu tu ulang balik perkara yang sama selepas melihat peluang keemasannya ketika Datuk Seri Najib menerajui Putrajaya.

Bila dah tak berjaya meraih sokongan dari kalangan rakyat dinegara sendiri, Si Ketua Penipu tu  menggunakan Suaram untuk terus menyerang kerajaan.

Bukan setakat itu sahaja. Si Ketua Penipu tu juga turut mepersendakan dan memperkudakan sistem mahkamah Perancis untuk menyerang kerajaan Malaysia.

Jika benarlah Suaram berjuang hak asasi rakyat Malaysia mengapa perlu mengadakan sidang akhbar di negara jiran dengan dihadiri kebanyakannya oleh media asing?

Apa agenda sebenar Suaram membuat fitnah dan tuduhan serius kepada kerajaan Malaysia jika tidak lain tidak bukan ia adalah sebahagian daripada strategi licik Anwar?

Jadi, memang dah cukup jelas bahawa Suaram ni hanya merupakan kuda kepada puak - puak Pakatan tu sahaja. Peranan mereka hanya sebagai pengadu atau plaintif sivil dalam kes yang di bawanya tetapi kini ia seolah-olah telah bertindak sebagai peguam bagi pihak pendakwaan!!!
Categories: , , ,

3 ulasan:

  1. sepatutnya kita berbangga kerana negara kita ni ada kapal selam.semenjak kerajaan beli kapal selam ni kewangan negara masih lagi tetap stabil tak muflis pun.mana dikatakan ada rasuah.malah kerajaan bercadang nak beri lagi rakyat BRIM kali kedua.aku rasalah pembangkang yang dah ketandusan idea.yang sisuaram ni pulak bila kerajaan beli kapal selam dia komen tapi bila kerajaan kasi BRIM dia SAPU.

    BalasPadam
  2. Hidung dia besar lah disebkan banyak buat fitnah

    BalasPadam
  3. ok la tu beli kapal selam..tp yg mslhnye rasuah di sebalik pmbelian kapal ni ade ko tau?...duit rakyat depa duk pakat pulun same2 die..ade kau amik kisah..?ckp buduhkn marah..huhuhu

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping