Bee Ant Cronies

Berita Pahang

Cari Blog Ini

Memuatkan ...

Terkini Di Pahang:

ACARA SUKAN OLIMPIK YANG TAK DIPERTANDINGKAN!!!


Dalam kehangatan bahang sukan paling terkemuka didunia yang sedang berlansung di London, England tu juga turut terasa sampai ke Malaysia.


Temasya sukan berprestige kali ni juga ada menggariskan beberapa sukan yang tak dipertandingkan kerana ia tidak melibatkan para atlet tetapi Ahli Politik.


Sedar atau tidak, ada dikalangan ahli Politik Malaysia pun memang suka masuk acara sukan sejak akhir - akhir ni. Dan perkara ni bukan satu fenomena baru.

Dah lama dah berlaku. Tapi sejak tahun 2008, hari demi hari, semakin ramai pulak yang nak mencuba nasib. Acara kegemaran diorang ialah 'Lompat Jauh'.

Ramai jugak penyertaannya, nak pulak dari kalangan pemimpin Pakatan Pembangkang sendiri. Kalau dari kalangan Barisan Nasional ni, tak ramai jugak pesertanya.


Semuanya berpunca dari Si Ketua Penipu tu jugak sebenarnya. Dia yang mempelopori acara sukan 'Lompat Jauh' ni dikalangan pemimpin dalam agenda Menipu 16 September dia.

Dan acara tersebut diteruskan lagi dengan menyaksikan pingat emas bagi acara ni dimenangi oleh dua orang pemimpin besar dalam BN di Sabah baru - baru ni.

Tapi, diorang lupa bahawa dari kalangan Pembangkang pun dah berapa ramai yang tinggalkan parti. Tinggal lagi, kenapa diorang tak nak bising - bising pulak?

Bukan setakat pemimpin biasa je. Ramai dikalangan pemimpin utama yang keluar dari parti tu. Tak de pulak diorang nak berkokok beria - ia pulak ye tak.

Perkara itu yang membuatkan rakyat melihat bahawa Pakatan Pembangkang ni Retorik dalam perjuangan mereka. Bila ada pemimpin BN keluar, habis satu Malaysia kecoh.

Yang paling heran sekali, bila kita tak peduli dengan tindakan tersebut, diorang nak marah tak tentu arah apa pasal!!! Ucap tahniah dan terima kasih pun diorang nak mengamuk ke? Nampak sangat la otak semua letak kat Kepala Lutut belaka!!!

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Hari ni, SH nak tengok, berani ke tidak pencacai Pakatan tu letak ID diorang masa nak komen. Setakat berani letak 'Anonymous' atau 'Tanpa Nama' je, apa barang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa Rajin, Duduk Atas!!!

DISCLAIMER

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai politik semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.