Jumaat, Julai 27, 2012


Haduh!!! Ini datang mana pulak cerita ni? Tak malu ke diorang ni? Kot ye pun kemaruk nak tunjuk yang diorang tu bijak, takkan la sampai sanggup buat kerja macam ni.

Cuba la diorang buat macam Si Mahfuz Bean tu kan senang. Mengaku je dia setakat ada SRP dan hanya tau buat lawak, habis cerita. Tak payah susah - susah nak beli sijil bagai!!!

Tapi, bukan soal pendidikan tinggi tu yang menjadi ukuran. Setakat dia tau buat kerja dan jaga Kebajikan Rakyat serta ambik tau pasal diorang pun dah jadi la. Ini sampai nak menipu ni, menda jadahnya!!! Kalau dia orang UMNO, patut dikenakan tindakan. Buat malu parti je!!!
SHAH ALAM - Kejayaan polis menumpaskan sindiket penjualan sijil palsu bernilai lebih RM5 juta, kononnya daripada lima universiti luar negara, turut mendedahkan pembelinya terdiri daripada kalangan ahli politik dan individu bergelar Tan Sri.



Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati 525 orang 'graduan' tempatan serta asing dikesan terlibat membeli sijil palsu sejak beberapa tahun lalu.

Beliau berkata, identiti semua 'graduan segera' yang terlibat, termasuk ahli politik dan individu bergelar Tan Sri, sedang dikenal pasti.

"Berdasarkan risikan serta gambar-gambar yang dirampas, kita kenal pasti ada individu-individu berstatus yang terlibat.

"Apabila maklumat sudah mencukupi, kita akan panggil mereka bagi membantu siasatan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK), Selangor, hari ini.

Menurutnya, sepasang suami isteri yang merupakan dalang sindiket menjual sijil palsu terbabit ditahan pihaknya semalam.

Katanya, suspek lelaki yang juga pengarah syarikat berusia 37 tahun, ditahan di Cheras, manakala isterinya, seorang pensyarah berusia 36 tahun, ditahan di pejabat mereka di USJ 10, Subang Jaya.

"Kedua-dua mereka direman empat hari sehingga esok mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.

Tun Hisan berkata, dalam serbuan di pejabat suspek, pihaknya merampas senarai-senarai penerima sijil, dokumen-dokumen permohonan, sijil ijazah palsu, gambar konvokesyen, kad pelajar serta pelbagai risalah.

Beliau berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek menjalankan operasi terbabit sejak 2003 dan mendapat pelanggan melalui ejen tertentu yang dihantar untuk mencari pembeli termasuk secara online.
Categories:

3 ulasan:

  1. Sehari dua lagi keluar la nama ahli politik degree segera tu.....

    BalasPadam
  2. Lepas tu, sendiri tanggung la.... UMNO ke BN ke PR ke, letak je jawatan dengan segera sebelum maruah jatuh nak tutup kemaluan...

    BalasPadam
  3. wah...patot la sembang pun mcm bagos..rupenye ade degree..luar negara lak lg tuh...bersedia lah menerima kemaluan besar..hahaha

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping