Serina merupakan diantara artis yang turut mencari rezeki tambahan dengan menjual kuih di Perkampungan Artis - Gambar Kosmo |
Kalau ikutkan Si Minah Pening tu sebelum ini, semua rezeki yang diperolehi oleh umat Islam dalam Malaysia ni semuanya Haram belaka.
Sebab apa? Sebab tak ikut telunjuk dan arahan dari Parti Angguk Saja tu. Kalau tak jadi ahli PAS, rezeki semua jadi Haram.
Jadi, bagi artis yang berniaga ni pun, lebih kurang macam tu jugak la ek? Jangan marahkan Semut ye. Si Minah Pening tu yang cakap semalam. Dia yang kena jawab di akhirat kelak. Bukannya kita!!!
KUALA LUMPUR – Kemeriahan Perkampungan Ramadan Artis bersebelahan Bukit Jalil Nite Walk di sini menjadi tumpuan orang ramai yang bukan sahaja mahu mendapatkan juadah berbuka puasa tetapi juga bertemu selebriti pujaan masing-masing.Program anjuran Barisan Artis Nasional (Bran) yang dipengerusikan oleh Datuk AC Mizal, bermula sejak 20 Julai lalu sehingga 19 Ogos dari pukul 4 petang hingga 8 malam.Perkampungan itu merupakan cetusan idea artis yang mahukan kemeriahan bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri disambut bersama peminat yang tidak mempunyai kampung halaman selain tinggal tetap di Kuala Lumpur.Antara yang membuka gerai di situ ialah pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan yang menjual biskut raya berharga sekitar RM25 hingga RM35 setiap pek.Katanya, biskut yang dibuat sendiri dijual menggunakan mentega sepenuhnya bagi menambah keenakan dan gebu.“Saya jual 10 jenis biskut dengan paling laris ialah tat nenas, kacang, coklat rangup dan nestum,” katanya ketika ditemui kelmarin.Pelakon drama, Ema Akma (gambar kecil) pula menjual ayam percik menggunakan resipi campuran rempah ratus istimewa.“Ayam percik yang saya jual rasanya sedikit manis dan pedas. Keenakannya terletak pada kuah yang dibuat sendiri tidak terlalu berwarna merah tetapi pekat.“Setiap satu dijual pada harga RM3.50,” katanya.Lain pula dengan penyanyi dan pelakon, Eida Moin yang memilih untuk membantu keluarganya menjual masakan popular mereka iaitu sotong kangkung, yong tau fu dan air soya.“Ini merupakan perniagaan keluarga saya tetapi saya turun padang membantu kerana bila Ramadan, memang tidak menang tangan melayan pengunjung.“Air soya kami juga berbeza kerana kami meletakkan ais yang dibalut plastik supaya rasa lemak soya kekal lama,” jelasnya. - Kosmo
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.