Rabu, Julai 04, 2012


KUANTAN - Saingan bolasepak acara SUKMA Pahang petang tadi berlangsung dengan meriah disemua lokasi terutamanya di Stadium Darul Makmur yang menyaksikan pertembungan diantara Pahang dan Terengganu.


Terengganu merupakan juara bertahan bagi acara ini manakala Pahang pula turun selaku tuan rumah. YM Tengku Mahkota Pahang turut mencemar duli untuk sama - sama menyaksikan pertanding hari ini.

Aksi separuh masa pertama agak hambar dan kurang menyengat walaupun ada percubaan - percubaan menarik dari kedua - dua pasukan.


Rentak permainan Negeri Pahang mula berubah seawal minit separuh masa kedua. Jentera pertahanan Terengganu jelas diuji dengan cubaan ke gawang gol.

Namun, kesilapan pemain pertahanan Terengganu telah mengakibatkan Pahang diberikan sepakan penalti dan disudahkan dengan cantik.


Gol Pahang seterusnya merupakan jaringan daripada Kapten Pasukan sejurus selepas penjaga gol Terengganu ditukar akibat kecederaan.

Jentera serangan Pahang terus menyerang dan berjaya menamatkan saingan dengan jaringan gol ketiga.

Walaubagaimanapun, pemain pertahanan Pahang dilayangkan kad merah setelah mengasari pemain penyerang Terengganu setelah dua kali dilayangkan kad kuning. Pahang menang 3 - 0. - Pahangku.com
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping