Isnin, Julai 02, 2012


Sebentar tadi bertempat di Hotel Royale Bintang, Damansara berlangsungnya sidang akhbar antara dua selebriti jelita, Anzalna Nasir dan Neelofa. 
Kedua-dua bekas peserta Dewi Remaja ini telah mengalami sedikit masalah apabila kenyataan Anzalna di Berita Harian bertarikh 10 Jun 2012 dikatakan telah menjejaskan maruah Neelofa dan keluarganya tanpa bukti yang kukuh.
Disebabkan ini, Neelofa telah mengambil keputusan dengan mengupah peguam untuk menyelesaikan isu kenyataan yang dibuat Anzalna. 
Atas keprihatinan Persatuan Seniman, Anzalna telah diberikan seorang peguam khas yang juga salah seorang dari ahli Persatuan Seniman. 
Menurut Presiden Seniman, Zed Zaidi, beliau telah mengambil keputusan ini demi menjaga imej artis-artis tempatan.
“Bagi saya, benda ini tak perlu dipanjangkan lagi dan tak perlu ada cerita. Persatuan boleh membantu menjadi medium antara kedua selebriti ini.
“Melalui persatuan, imej artis boleh dijaga dan bagus untuk semua artis tempatan yang lain. Pihak Seniman juga tidaklah ‘bias’ walaupun Anzalna sendiri menggunakan peguam Persatuan Seniman. Ini hanyalah sekadar membantu ahli persatuan saja,” ujar Zed Zaidi.
Kedua-dua selebriti, Anzalna & Neelofa telah pun selesai berdamai dan surat kedua-dua belah pihak telahpun bersetuju untuk tidak memanjangkan lagi isu yang berlaku. Namun begitu, kedua-dua mereka dilihat tidak bersalam damai.
Categories:

1 ulasan:

  1. Keluarga lofa tu kaya jadi dia senanglah buli orang lain .Lofa ni bukan nya bagus sangat ...cantik pun tidak juga ...tapi dia pandai bertindak dimasa yang betul .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping