Khamis, Julai 05, 2012


TIDAK mahu agamanya terus di persoalkan, Pinkan Mambo yang sebelum ini popular dengan duo Ratu lebih senang mendiamkan diri saat ditebak mengenai perkara tersebut ketika berkunjung ke Malaysia baru-baru ini.

Biar kelihatan terbuka namun Pinkan yang kini bergerak solo dilihat lebih senang berbicara soal kerjaya semata-mata ketika sesi bertemu media tempatan.

Mungkin tidak mahu memanjangkan cerita mengenai agama anutannya, Pinkan mengambil jalan selamat untuk tidak berbicara soal yang sensitif itu.

Kunci mulut, itu jalan yang diambil oleh Pinkan yang pernah menggemparkan industri hiburan di negaranya, Indonesia dua tahun lepas apabila ibunya sendiri mengakui bahawa penyanyi itu sudahpun murtad.

Malah menurut beberapa laporan media di sana, Pinkan juga sering dilihat menghadiri acara di sebuah gereja di negaranya.

Namun ketika ditanya soal cinta, dia tidak pula mengelak untuk berbicara tentang buah hatinya, pemain bola sepak terkenal Indonesia, Febrianto Wijaya.

Menurut Pinkan, hubungan cintanya berlangsung baik dan ibu tunggal kepada dua anak itu juga mengakui ada memikirkan mengenai perkahwinan.

"Kami sudah berkenalan sejak setahun setengah yang lalu, ketika berada di sebuah acara yang sama.

"Soal perkahwinan pula kami berdua masih lagi merancang dan buat masa ini masih belum boleh mengeluarkan apa-apa kenyataan," katanya ringkas.

Tahu bukan mudah untuk dirinya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan penyanyi bagi Pinkan, anak-anak masih menjadi keutamaan buat dirinya.

Malah ibu kepada Muhammad Alfa Rezel, 7, dan Michele Ashley Rezya, 6, itu turut membawa anak-anaknya ke Malaysia baru-baru ini demi memastikan dapat meluangkan masa bersama mereka.

"Saya terpaksa membahagikan waktu untuk anak-anak kerana kerja seperti ini menuntut saya selalu jauh daripada mereka.

"Jika ada kesempatan bersama selalunya saya dan anak-anak akan bercuti ke pulau atau berjalan-jalan di pusat membeli belah.

"Kehadiran Febrianto juga disenangi kedua mereka kerana salah seorang anak saya merupakan peminat sukan bola sepak," katanya.
Categories:

2 ulasan:

  1. Bila fahaman pluralism berkembang pesat dan disokong pula oleh pemimpin pujaan, maka apa lagi nak dihairankan. Moral yg rendah bukan jadi kriteria, malah terus dibanggakan sehingga sanggup dakwa Anugerah Tuhan.

    BalasPadam
  2. Dah macam gitu cara pakaian dia, dia tak masuk agama kapir pon tak apa....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping