Jumaat, Julai 20, 2012



PETALING JAYA: Pelakon jelita Diana Danielle Danny Beeson menolak tuduhan kononnya dia bersikap besar kepala dan berlagak ‘diva’ kerana enggan berkongsi kisah hubungannya dengan aktor dan pengarah filem Farid Kamil.
Diana, 21, berkata, dia berharap permintaannya untuk tidak bergambar bersama atau kerap bercerita mengenai hubungan mereka tidak disalahertikan dengan tuduhan sedemikian.
“Saya berharap orang tidak tuduh saya begitu (berlagak diva) hanya kerana saya kurang selesa untuk memenuhi permintaan media untuk bergambar dengan Farid atau mencanangkan mengenai kisah kami.
“Rasanya semua orang sudah tahu mengenai hubungan kami, jadi tidak perlulah saya asyik berkongsi setiap perkembangan kami dari semasa ke semasa. 
Saya kurang selesa jika kami terus dikaitkan berdua pada kebanyakan waktu,” katanya kepada mStar Online.
Katanya, dia berasa lebih selesa jika kisah hubungannya dengan aktor Farid Kamil tidak terus diperkatakan kerana bimbang ia akan mengaburi cerita kerjaya mereka.
“Saya bimbang orang akan berasa kurang selesa dan bosan jika kami asyik 'melekat' dan mencanangkan cerita hubungan berbanding kerjaya masing-masing.
“Demi kebaikan semua pihak, saya memohon prinsip dan permintaan saya itu dihormati,” katanya.
Mengenai keputusannya membintangi filem arahan Namewee iaitu Hantu Gangster di samping Farid Kamil sedangkan dia pernah berkata enggan berlakon bersama, Diana menjelaskan dia tidak akan menerima tawaran berkenaan jika mengetahui aktor itu turut berlakon.
“Ketika ditawarkan, saya tidak tahu mereka (produksi) turut menawarkan projek ini kepada Farid. Saya menerima tawaran filem ini kerana mahu bekerja dengan Namewee dan mencabar diri untuk membawa watak komedi yang pertama kali ditawarkan kepada saya,” katanya.
Terbaru, Diana yang berehat daripada komitmen lakonan selama enam bulan pertama tahun ini, bakal sibuk di lokasi penggambaran filem berjudul Kami Histeria terbitan Red Films sepanjang Ramadan ini.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping