Khamis, Julai 19, 2012


Sebelum ini, kita dah pernah lihat bagaimana puak - puak Pakatan Pembangkang tu selesaikan masalah yang mereka hadapi iaitu dengan cara penafian.

Walaupun perkara tersebut jelas merupakan keGAGALan dan keSILAPan mereka, tapi diorang tetap takkan mengaku bersalah. Sebagai contoh isu Yayasan Selangor.

Si Khalid Gagap tu dah terang - terang kantoi tak ambik tau lansung mengenai penyelewengan yang dilakukan oleh Timbalan Pengerusi Yayasan tersebut.

Macam mana benda tu boleh berlaku sedangkan dia juga merupakan Pengerusi kepada Yayasan Selangor tu? Takkan la benda macam tu pun dia boleh lepas tangan kot.

Akhirnya, Si Khalid Gagap tu tuduh Timbalan Pengerusi tu yang bersalah. Tak pasal - pasal je mamat tu kena pecat dan dihadapkan ke mahkamah.

Jadi, adalah satu kemungkinan yang besar dimana Menteri Besar Kedah juga akan mengambil tindakan yang sama iaitu dengan memecat Pengerusi Perbadanan Negeri Kedah.

Ini disebabkan kesilapan PKNK yang bertindak sebelum mendapat kelulusan Lembaga Pengarah berhubung pegangan sebanyak 500ribu unit saham FGVH.

Tindakan Pengerusi tu jelas menjejaskan pendirian puak - puak Pakatan Pembangkang walaupun mereka sendiri akui yang FGVH membawa keuntungan besar.

Tetapi, disebabkan kepentingan Politik, soal nak memberi keuntungan kepada orang lain sanggup diketepikan jugak. 

Maka persoalannya, adakah Tok Jan akan pecat Pengerusi PKNK tu? Adakah dia akan ikut jejak langkah Si Khalid Gagap? Semua tu kemungkinan berlaku sebab kita sendiri pun tau. Puak - puak Pakatan Pembangkang ni bukannya reti buat kerja!!! Menipu tau la!!!

PAS pusat sebelum ini telah mengeluarkan arahan khas kerahan kepada ahli-ahli mereka agar memberi kerjasama kepada Mazlan Aliman dengan turun beramai-ramai ke Perhimpunan Oren Sabtu lepas yang bertujuan memohon penggantungan saham FGVH.    Dengan tindakan PKNK membeli saham tersebut, telah meletakkan PAS dalam keadaan sukar, malah pelik, manakala Mazlan Aliman pula dilihat sebagai badut.  
Penentangan terhadap penyenaraian FGVH bukan isu kecil.  Isu ini telah diperbesarkan dengan sebesar-besarnya oleh PAS untuk dijadikan antara isu utama bagi menghadapi pilihanraya.  Justeru, tindakan PKNK membeli sahan yang ditentang PAS pastinya merupakan satu kesalahan yang amat besar.  Untuk itu, seseorang perlu dipertanggungjawabkan atau dihukum kerananya.  
Dato’ Seri Azizan Razak yang sentiasa kabur, keliru dan ‘kosong’, cuba memperbaiki keadaan dengan menyatakan bahawa apa yang terjadi ialah masalah teknikal semata-mata dan PKNK boleh saja menjual kembali saham tersebut.  
Jelas, beliau yang merupakan Pengerusi PKNK, telah mengambil sikap enggan bertanggungjawab, seperti biasa.  Oleh yang demikian, kesalahan kini terletak seratus peratus di bahu Dato’ Abdul Rahman, Ketua Eksekutif PKNK. - seterusnya...
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping