Ya!!! Mahu atau pun tidak, Si Assmin Ali tu terpaksa jugak mengakui yang Kerajaan PKR Selangor tidak bagus menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Dalam sesi perbahasan di sidang Dewan Undangan Negeri, Si Assmin Ali tu dah kena sampuk dek penyakit Si Khalid Gagap ketika ditanya mengenai pendidikan percuma.
Si Assmin tu kata, tanggungjawab memberikan pendidikan ni adalah tindakan pihak Kerajaan Pusat dan bukannya pihak Kerajaan Negeri.
Dengan kenyataan itu juga jelas menunjukkan yang Kerajaan Pusat tidak pernah mengabaikan tanggungjawab mereka memberikan pendidikan kepada rakyat.
Dengan jawapan yang diberikan oleh Si Assmin tu, nampak sangat la puak - puak Pakatan Pembangkang ni hanya setakat tau bercakap je. Tapi buatnya, satu hapah pun diorang tak reti!!! Buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM: Pengerusi Penyokong Kerajaan Selangor Mohamed Azmin Ali pada Isnin berdolak-dalik apabila dicabar oleh seorang anggota pembangkang supaya kerajaan negeri memberi pendidikan percuma kepada pelajar Universiti Selangor (Unisel) milik Kerajaan Selangor.Datuk Subahan Kamal (BN-Taman Templer) meminta kerajaan negeri melaksanakan pendidikan percuma kepada para pelajar Unisel selepas Azmin (PKR-Bukit Antarabangsa) berkata Kerajaan Selangor mempunyai rizab dalam bentuk tunai dan pelaburan bernilai RM2.1 bilion.Subahan berkata demikian semasa mencelah ketika Azmin sedang membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan Selangor 2012 berjumlah RM120.1 juta pada Sidang Dewan Undangan Negeri yang bermula di sini, Isnin.Namun, apabila Subahan mengemukakan cabaran itu, Azmin berdolak-dalik dengan mengatakan kononnya tanggungjawab memberi pendidikan kepada pelajar adalah pada kerajaan persekutuan dan bukannya kerajaan negeri.Bagaimanapun, Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) bangkit mencelah dan berkata Azmin mungkin tidak menyedari pengagihan peruntukan kepada Selangor adalah juga dalam bentuk peruntukan pembangunan di bawah Kementerian Pelajaran dan kementerian lain, bukannya secara terus kepada kerajaan negeri.Semasa perbahasan itu, Subahan juga bangkit dan mendakwa Azmin cuba mengelirukan Dewan dengan membuat perbandingan antara perbelanjaan perbekalan tambahan di Parlimen dan perbekalan tambahan di Dewan Undangan Negeri.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.