Fuh!!! Anak suka berpakaian macam lelaki pun minah ni sanggup bergaduh dengan mak mertua sendiri? Memang bahaya betul la. Macam - macam ada dalam dunia ni.
LOS ANGELES: Aktres Angelina Jolie dilaporkan berasa geram terhadap ibu kepada kekasihnya Brad Pitt iaitu Jane kerana membelikan pakaian perempuan untuk anak perempuan mereka Shiloh.Jolie berkata tindakan tersebut seperti tidak menghormati selera berfesyen anak kandungnya yang berusia enam tahun itu kerana sudah jelas Shiloh gemar berpakaian seperti kanak-kanak lelaki.“Kita sudah sedia maklum Shiloh gemar berpakaian seperti kanak-kanak lelaki. Namun, Jane mendesak untuk membelikan pakaian perempuan seperti pakaian tuan puteri dan pari-pari.“Jolie berpendapat tindakan Jane itu seperti tidak menghormati kegemaran anaknya,” kata sumber seperti dipetik laman femalefirst.co.uk.Selain Shiloh, aktres berusia 37 tahun itu mempunyai tiga anak angkat iaitu Maddox, 10, Pax, 9, dan Zahara, 7.Jolie dan Pitt turut mempunyai sepasang anak kandung kembar bernama Knox dan Vivienne, yang berusia empat tahun.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.